siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Monday, December 1, 2014

rahsia pau 2014 yang disembunyikan

dipetik dari blog Din Turtle.

WISDOM YANG TIDAK DI HIDU?

01. Mengapa Tun Dr Mahathir Tidak Di Beri Peluang Memberikan Usul ?

02. Adakah Ada Perkara Yang Baru Di Bincangkan Dalam PAU14 ?

03. Isu-Isu Yg Di Bangkitkan Sudah Lama Kita Maklum, Faham dan Tahu. It Is An Open Secret !

04. Ianya Sering Menjadi Tinta Sejarah Apabila Pemimpin Kita Kekal Tidak Mahu Mengakuinya dan Berbincang Secara Ikhlas Bersama Orang Melayu Semasa Bersidang Bersama Perwakilan.

05. Contoh Terbaik Ialah MECD dan ISA. Kedua-duanya Ini Merosakkan dan Merugikan Orang Melayu. Ianya Di Mansuhkan Oleh Pemimpin UMNO Tanpa Berbincang Di Dalam Mana-Mana PAU.

06. Maka, Mengekalkan Akta Hasutan BUKAN Tindakan Pejuang ! Ianya Adalah Perkara WAJIB Bagi Menjaga Kepentingan Orang Melayu !

07. Tidak Mengambil Tindakan dan Meletakkan Beban Pelaksanaan Akta Hasutan Kepada Peguam Negara Merupakan Alasan Politik Paling Hina Kerana UMNO Ada Menteri Yang Menguruselia Ehwal Kehakiman dan Menteri Ini Melapor Kepada YAB PM Yang Juga Presiden UMNO.

08. Tiada Siapa Membawa Isu dan Cadangan Penambahbaikan Kepada UMNO Selangor Seperti Yang Di Tegur Oleh YABhg Tun Dr Mahathir.

09. Tiada Siapa Menghidu Wisdom Tun Dr Mahathir Yang Mahu Menyentuh KPI Ketua-Ketua UMNO Yang GAGAL Dalam PRU.

10. Keris 2314 Di Nobat Sebagai Senjata Baru ? Walhal Kita Tahu Pemimpin UMNO Itu Sendiri Hanya MAMPU Bertari Pencak dan Tiada Ilmu Menggunakan Keris Yang Selalu Di Sarung Kembali Apabila Di Tegur Oleh Bangsa Lain !!

11. Bilakah Keris UMNO dan Keris Yang Di Gunakan Pada Agensi Kerajaan Menikam Dengan Berbisa ?

12. Keris Ini GAGAL Menikam Pengkhianat dan Dalang Lahad Datu. Keris Ini Juga GAGAL Menikam Towkey Dadah, Towkey Judi Haram, Kongsi Gelap dan Pelacuran ! Keris Ini Juga GAGAL Menakutkan Tekong Pendatang Asing !! Malah Mungkin Demam Denggi Yang Di Bawa Oleh Nyamuk Aedes Juga Tidak Hairan Dengan Keris Ini. Apatah Cartel 'Ali Baba' Yang Menjadi Anai Anai Dalam UMNO Itu Sendiri!!

13. Ilmu Berpencak, Cuma Retorik Yang Boleh Mengkhayalkan Dengan Jeritan Pekik Lolong Dalam Bersilat. Ianya Menjadi Khayal Bila Di Palu Gendang Silat dan Serunai Nobat Keramat. Namun BILA PERTARUNGAN Itu Mahu Bermula ? Namun Yang Pentingnya Adakah Darah Musuh Dapat Di Jilat Pada Keris Yang Menikam Siapa ? Atau Seluruh Penonton Di Biarkan Membuang Masa ?

14. Salah PAS ? Salah PKR ? Salah DAP ? Salah MCA ? Salah MIC ? Salah GERAKAN ? Salah British ? Salah Melayu Sendiri Yang Terpukau Dengan Permainan Politik Katak Dalam Botol ?

15. Kalau Kita Belum Merdeka dan Belum Berkuasa Maka Boleh Kita Terima Bahawa Kita Berpolitik Bagai Katak Bawah Tempurung. Namun Kita BUKAN Di Aniaya Sesiapa. Kita Jelas Melihat Keadaan Sekeliling Melalui Botol Namun Kita Terpesona Kerana Kita Di Tahap Tolol.

16. Tiada Apa-Apa Yang Baru Dalam PAU. Usul-Usul Penting dan Kritikal Kerana Mempunyai Nilai Strategik Tidak Di Hidu Dengan Bijaksana Oleh Empunya Takhta.

17. Semua Yang Di Bawa Oleh Anwar Ibrahim Di Cerna Semula Dengan Gubahan Dendangan Halwa Telinga Baru Agar Melupakan Bau Tengik Melantung Yang Di Bicarakan Dari Hidung Tun Dr Mahathir.

18. Bau Busuk Di Kalangan Pembusuk Itu Menjadi Tegal Biasa Dan Menjadi Wangi Pula. Dan Bau Busuk Tengik Ini Mahu Di Nobatkan Sebagai Bauan Wangi Setanggi HARUM Agar Golongan Muda Bersama Sama Mengatakan Ianya Wangi Dengan DOKTRIN MEREMAJAKAN UMNO ?

19. Bau Kentut Itu Tetap Busuk Cuma Style dan Makanan Untuk Menghasilkan Kentut Itu Sahaja Yang Berbeza.

20. Di Masa Mendatang, Akan Berubah Peradaban Melayu Yang Tidak Pandai Bermain Keris Itu , Keris Tiada Di Gunakan Lagi Untuk Menikam Musuh. Cukup Dengan Retorik Pantun Seloka Gurindam Senda KETAWA . Maka Kentut Di Khalayak Ramai BUKAN Lagi Perkara Yang Kurang Sopan ? Ianya Kentut Wangi Keramat Yang HARUM Dan Wajar Di Beri Tepuk Sorak Hingga Berdiri Sekelian Hadirin.

Siapa Yang Bijak Dia Akan Menghidu.

Siapa Yang Sedar Dia Akan Terkedu.

Siapa Pula Yang Tertunduk Malu?

Kalau BUKAN Bangsa Melayu...


Idea Di Garap Dari Minda Zairi Guru Dalam SIDANG GAMIT.

( DT - Saya copy dari grupWatsup ) 

No comments:

Post a Comment