siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Sunday, April 19, 2015

peluang najib

Di petik dari blog Din Turtle.

Peluang Najib Untuk Buktikan Beliau Layak Jadi PM !

Saturday, April 18, 201512comments



Terbaru, sekali lagi Tun Mahathir menegaskan bahawa Najib terpaksa digugurkan jika Umno mahu berpeluang memenangi PRU14.

The Star punya transkrip video di bawah -

"I wrote about 1MDB but people say 'Oh, he is unhappy not with 1MDB but with the crooked bridge. I don't advocate the removal of a prime minister because he is too afraid of Singapore to build a crooked bridge. 

"I am sympathetic towards him because he is very weak and so cannot build the bridge brick by brick. So for that I excuse him – but when you lose money and cannot explain where the money is, I think you are not competent to become prime minister," 



KLiK untuk ke Youtube

Dari TMI  -

"Saya tak akan sarankan penyingkiran seorang perdana menteri semata-mata kerana beliau takutkan Singapura untuk membina jambatan.

 
"Saya simpati dengannya kerana beliau sangat lemah, jadi beliau tidak boleh bina jambatan...

 
"Kerana itu, saya maafkan dia. Tetapi apabila kamu menghilangkan wang dan tidak boleh jelaskan ke mana perginya wang itu, saya rasa kamu tidak layak jadi perdana menteri,"


Dan yang tidak dirakam dalam video di atas tapi dilaporkan oleh kedua2 portal itu pula -

"We are faced with this choice: either you remove a prime minister who has failed and who will lead to Umno losing the next election, or you take your chance that if he goes off we may be able to revive Umno,"

Terjemahannya -  


"Kita berdepan dengan pilihan-pilihan ini

Sama ada kamu singkirkan perdana menteri yang gagal dan akan memimpin Umno untuk tewas dalam PRU akan datang."
  
"Atau kamu ambil peluang yang jika beliau disingkirkan, kita mungkin mampu selamatkan Umno," katanya pada sidang media selepas forum jenayah perang di Kuala Lumpur hari ini."


Seperti yang saya tekankan sebelum ini , isu Jambatan Bengkok TIDAK RELEVAN dalam gesaan Tun supaya Najib bersara. 

Sebenarnya Najib telah diberikan satu ruang untuk keluar dari kemelut ini dan Umno seharusnya mengambil kesempatan ini dan menggesa Najib supaya terima cabaran Tun .... iaitu - JELASKAN KEMANA PERGINYA WANG 1MDB !
  
Saya juga pernah tulis sebelum ini, tak mungkin Tun sebut begitu jika Tun tidak tahu lebih dari apa yang beliau sampaikan.

Nah..... demi menyelamatkan jawatan Najib dalam Umno, apakata Najib jawab saja. Tak perlu siasatan audit atau PAC yang hanya akan bermula beberapa bulan lagi, siapnya entah bila pula. 

Kenapa payah sangat ? ? ? 

Tolonglah jangan kata, Najib dah jawab......  

PS -Kalau Najib jawab pun tentang isu 1MDB, pastinya banyak lagi kelemahan beliau terutamanya dalam membela nasib Melayu... tapi sekurang2nya beliau menyahut cabaran Tun Mahathir di atas. Bila sering diulang2 oleh Tun, ramai yang sudah mula beranggapan yang Najib sengaja mahu lari dari menjawab ! Seterusnya orang mula bertanya - KENAPA ?


The Star


TMI

No comments:

Post a Comment