Mungkin Jika Kita Tahu Apa Yang Tun Mahathir Tahu, Kita Pula Yang Lebih Ganas Dari Tun ! ?
Friday, April 10, 201529comments
Seperti dijangka, pro ahjibgor akan melaungkan Najib dah Jawab ! Namun saya percaya ramai dari mereka mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dipersembahkan oleh bos mereka. Harapkan adalah peluru baru yang lebih tepat kepada isu atau persoalan yang disebut oleh Tun Mahathir rupanya ahjibgor hanya mengulangi apa yang kita semua sudah dengar.
Macamana nak sokong Jho Low kalau ahjibgor tidak dedahkan kenapa Jho Low harus disokong ! ?
Macamana nak sebut 1MDB tidak punya masalah nak bayar hutang walaupun aset melebihi liabiliti kalau terpaksa pinjam lagi hampir RM3 billion nak bayar hutang ?
Rakyat tidak mempertikaikan kesalahan pembunuh altantuya tapi rakyat mahu tahu motif dan siapa yang arahkan, yakni keputusan yang lebih lengkap supaya keadilan dilihat lebih menyeluruh.
Sila baca Helenang di mana beliau membandingkan antara apa yang disoal rakyat ( melalui Tun ) dengan apa yang dijawab oleh ahjibgor semalam - KLiK.
Kali ini saya nak mengulangi sikit mengenai apa yang saya lihat sebagai tersirat disebalik kritikan Tun.
Anda masih ingat penegasan dari Tun ini - Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14.
Kita pun sedia maklum persoalan2 yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir di mana dijadikan asas kepada gesaan undur di atas.
Cuba fikir, apakah Tun juga seperti kita, menanti jawapan pencerahan dari ahjibgor ? Kalau iya, takkanlah ke tahap meminta ahjibgor berundur ...... bagaimana kalau ahjibgor mampu jawab ? Takkanlah begitu mudah Tun mahu melatah ..... Tun bukannya minta pengunduran bersyarat ( contohnya, jika tak boleh jawab maka berundurlah ) tapi Tun sebut dengan tegas Umno akan kalah jika ahjibgor masih di atas.
Dengan kata lain, Tun TAHU LEBIH BANYAK dari apa yang beliau sebutkan. Dan Tun juga tahu ahjibgor tidak akan mampu untuk menjawab dan kalaupun dijawab, jawapan2 ahjibgor akan hanya menguatkan lagi gesaan supaya beliau berundur.
Samada ahjibgor sendiri terlibat atau ahjibgor sebagai pemimpin tidak berjaya menangani masalah dengan baik ( bermakna gagal sebagai pemimpin ).
Dari apa yang kita lihat semalam, ternyata ahjibgor tidak semudah itu akan mengalah. Beliau tetap berdegil dan akan pertahankan jawatannya ..... katanya demi rakyat. Dan persepsi yang dimainkan oleh ahjibgor serta askar2nya adalah, segala yang disebut oleh Tun adalah luahan peribadi Tun, Tun hanya mewakili dirinya sendiri dan ahjibgor kena jaga jutaan lagi rakyat selain Tun.
Tapi kita sedia maklum yang Tun Mahathir mewakili suara kita, suara rakyat yang bukan sedikit.
Jadi ini bukan soal Tun semata2. Makanya saya tidak layan komen2 yang membuat perbandingan antara Tun dengan ahjibgor sebab ia tidak relevan.
Setakat ini Tun yang mewakili rakyat stalemate dengan ahjibgor yang turut mendakwa mewakili rakyat.
Apakah Tun akan dedahkan apa yang beliau tahu untuk memecahkan kebuntuan ?Apakah kesannya nanti ?
Bagi saya, DEDAHKAN SAJA sedikit demi sedikit ! Kalau tidak secara umum, mungkin kepada mereka yang punya pengaruh atau kuasa untuk menyingkirkan ahjibgor. Kalau tidak berjaya juga, dedahkan kepada umum.
Jika ahjibgor terus juga berdegil, Umno akan tewas juga .....
Saya ulang -
Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14.
Ayat di atas boleh menjawab persoalan mereka yang masih lagi cuba berlembut dan atau yang masih lagi memberi the benefit of doubt kepada ahjibgor.
Mungkin jika kita tahu apa yang Tun tahu, kita pula yang lebih kuat menuntut ahjibgor bersara !
No comments:
Post a Comment