siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Wednesday, August 5, 2015

derma

Dipetik dari din turtle.

Soalan Cepumas - Kalau WSJ Tak Dedahkan, Bila Agaknya Najib Nak Ngaku Ada Orang Derma RM2.6 Billion ?

Wednesday, August 5, 201511comments




Kekadang tu rasa malas dah nak layan hujah2 dan alasan2 yang sengaja direka oleh pro Najib hanya untuk beri coverline bos mereka. Hujah2 yang bagi saya amat mencabar minda tapi bukan mencabar kita untuk melawan hujah tapi mencabar kita untuk menerima kenyataan yang mereka itu menganggap rakyat akan terima begitu saja alasan yang mereka berikan. 

Bodohnya hujah2 mereka ! 

Tugas mereka mungkin adalah untuk membentuk minda rakyat supaya ikut sama bodoh macam lembu, yang akan percaya dan terima bulat2 apasaja yang di sua oleh orang2 Najib.

Yang penting bukannya cerdik tapi tahap kesetiaan membabi buta - itulah yang ditagih dari rakyat.

Memang patutlah gelaran yang diberikan oleh Datuk Khairuddin kepada golongan ini iaitu Golongan Pembodek Minda Lemah Berotak Udang ! Mula2 tu saya rasa agak kelakar bunyinya, agak over gitu.... tapi lama kelamaan terasa semakin ngam pula gelaran itu buat pro Najib.

Perhatikanlah perkembangan isu derma RM2.6 billion yang diterima Najib. Tanyalah sesiapa pun, kalau benda ni berlaku kepada mana2 pemimpin lain di dunia - Didakwa wujud transaksi RM2.6 billion ke dalam akaun pemimpin sebuah negara. Pemimpin itu tidak mahu mengaku malah bermain2 dengan kata2 dan disokong oleh para balacinya. Selepas sebulan, terbukti transaksi itu benar2 wujud. Para balacinya tetiba kata itu wang derma dan tak salah kalau seorang pemimpin terima derma RM2.6 billion. Siapa yang tak percaya, dia itu bodoh dan berniat nak jatuhkan pemimpin - pasti orang itu akan ketawa guling2. BODOHnyalah rakyat negara itu kalau boleh percaya begitu saja !

Salleh Keruak selaku bos MCMC yang baru berkata pengkritik tidak mungkin puas hati dengan apa jua alasan yang diberikan ( TMI ).... yang merujuk kepada kenyataan SPRM yang mengesahkan wujud transaksi itu dan kata itu duit derma. 

Hadooooi .... Said ni expect semua orang boleh terima dengan puashati jawapan yang terlalu simple dan umum itu ? Tak boleh tanya lagi dah..... case closed ? ? ! Apa dia ingat rakyat Malaysia ni semua lembu ke ? Mahu negara menuju status negara maju tapi waktu sama mahu minda rakyat macam lembu ?


Ini contoh terbaru alasan bengong demi mempertahankan Najib dari Rahman Dahlan - Lebih baik bagi Presiden Umno memegang duit RM2.6 billion itu dalam akaunnya sendiri daripada meletakkannya di bawah proksi. Beliau lebih rela, selesa dan yakin dengan cara itu ! - TMI.

Kenapa tidak Rahman cadangkan semua ahli Umno simpan duit simpanan masing2 ke dalam akaun Presiden Umno saja ! Kan lebih selamat begitu......

Pendek kata - Najib adalah orang yang PALING AMANAH dan PALING DIPERCAYAI didunia ini ......errr... termasuk Rosmah juga selaku isterinya. 

Anda percaya Najib Rosmah untuk pegang duit simpanan anda ? 

Ke mana pergi hujah Akaun Amanah yang sebelum ini dilaung2kan ? Adakah bila sedar yang Akaun Amanah itu memerlukan bukti dalam bentuk bertulis antara MT dengan Najib yang memberi kuasa memegang amanah itu dan beberapa perkara lain bagi mengesahkan pemberian amanah itu, maka sekarang hujah paling senang adalah - Akaun Peribadi Najib, tanpa perlu sebut Akaun Amanah !

Apakata kita gostan sekejap dan tanya ....... sebelum isu RM2.6 billion ini didedahkan oleh WSJ, ada tak sesiapa yang tahu tentang deposit RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib ?

Bank Negara pasti tahu ....... lagi ? 

Rosmah ...... errr...... tahu kot. Lagi ?

Lagi ? Siapa lagi tahu ?

Banyaklah ko punya amanah kalau duit masuk pun tak cakap pada sesiapa sehingga dibocorkan oleh paper Amerika ! Itupun Najib sehingga kini masih tidak komen apa2.

Dan soalan cepumas - Kalau tidak didedahkan oleh WSJ sebulan lebih yang lalu, apakah Najib sendiri akan dedahkan atau buat pengakuan kepada sesiapa bahawa dua tahun lepas ada RM2.6 billion masuk akaun peribadinya dan akaun itu sudah ditutup beberapa bulan kemudian ?

Bila agak2 tu Najib nak beritahu ? 

Ni bila dah kecoh pun Najib masih tak mengaku apapun.... yang kecoh2 ni semua balaci Najib jer. Najib sendiri masih senyap !

PS - Rekomen untuk baca -

1 -  RASUAH TAK BOLEH, TAPI DERMA DANA POLITIK BOLEH!

2 - Agama, bangsa dan negara tergadai jika terima ‘dana politik’

No comments:

Post a Comment