siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Monday, August 10, 2015

najib tipu

Dipetik dari blog Din Turtle.

Najib Menipu Bila Kata 1MDB Belum Ada Kerugian !

Monday, August 10, 201551comments

Artikel TMI mengenai ucapan Najib di Mesyuarat Perwakilan Umno Pasir Gudang ini memang menarik ! Nak ketawa pun ada sebab kita boleh bayangkan situasinya bagaimana kalau berada dalam dewan ketika itu ...

KLiK

Saya bukan nak komen ulasan TMI yang majlis itu 'lesu' sebab perkara itu subjektif. Tak boleh komen kalau tidak berada dalam majlis. Tapi bab bila Najib sebut hal BR1M -

"Tuan-tuan nak BR1M lagi ke tidak," katanya dan disahut:"Tidak" oleh sebahagian perwakilan.

Aduyai ..... Najib, Najib ..... takde modal lain lagi dah ke ? Hanya BR1M sajalah yang sering beliau ucapkan di mana2. Fikirkanlah mentaliti atau apa yang ada dalam kepala Najib bila beliau tanya begitu !

Memang betul2 Cash Is King la Najib ni !

Apa Najib ingat duit boleh beli sokongan dan sanjungan rakyat ke ? Masa PRU13 pun BR1M dah diberi tapi apakah ia mampu beli sokongan pengundi ? 

Ingatkan adalah modal baru yang lain untuk memenangi hati rakyat, rupanya masih juga bergantung kepada BR1M. 

Ambil tetap ambil ..... gila, orang nak bagi duit takkan tak nak terima. Bukan duit Najib atau Umno pun tapi duit rakyat juga. Kalau Najib masih bergantung pada BR1M juga untuk PRU14, habislah BN ......

BR1M bukan lagi faktor penentu pilihan rakyat malah ia tidak pernah menjadi faktor semasa PRU13 pun. 

" Tuan-tuan nak BR1M lagi ke tidak ? " 

Tolonglah Najib, jangan sebut ayat sebegitu lagi. Macam menghina pun ada. Pasti ada yang rasa geram jer bila Najib cakap macam tu ..... apalagi dengan gaya intonasinya yang macam menganjing.

Saya percaya laporan TMI di atas sebab kemudiannya Najib berkata -

"Kalau tidak saya batalkan BR1M, ada cara lain ke lebih baik?" soal Najib kepada perwakilan dalam ucapannya.

Ada cara lain ke lebih baik ? ? ? OMG ! Najib bila tak ikut skrip jadi beginilah. Hancur ! Mesti Najib tak sangka akan menerima jawapan Tidak dari hadirin. Dalam kepalanya dah terbayang hadirin akan bersorak gempita .. NAK !!!!  Tu yang gelabah tu bila skrip lari .... ada ke tanya hadirin balik ada cara lain ke lebih baik ?

Yang bayar penasihat berbillion2 RM tu buat apa ? Kalau Najib sendiri dah tak tahu nak fikir apakah cara lain yang lebih baik dari BR1M, berundur jerlah. Bagi orang lain ambil alih, mungkin akan ada idea2 baru yang lebih bernas dan segar.

"Dalam sejarah kita banyak lagi isu, 1MDB belum ada kerugian:"

Biar betul Najib ........ saya malas nak cek fakta 1MDB tapi saya pasti untuk tahun berakhir Mac 2014, 1MDB rugi RM600+ juta, itu pun selepas diambilkira penilaian semula nilai tanah, kalau tidak kerugian akan jadi RM1+  bil  ! 

Lagi senang citer, kalau tak rugi apakejadahnya kerajaan bagi lagi hampir RM1 bil sebagai standby credit ? Kalau untung kenapa sampai terpaksa nak jual tanah semata2 nak bayar hutang ?

Kalau saya kata Najib MENIPU dalam ucapannya, aci tak ?

Sampai bila ahli Umno atau rakyat ( sebab ucapannya disiarkan secara meluas ) hendak faham isu 1MDB kalau tidak diterangkan fakta sebenar ! Atau fakta sebenar cuba disembunyikan melalui ayat2 yang bombastik yang tambah mengelirukan rakyat.

KEMASKINI : Ini ayat penuh Najib berkaitan kerugian itu -

“Tak adil, kalau nak kira kerugian (1MDB), banyak lagi isu lain. 1MDB belum ada kerugian sebab kita masih ada aset. Ada hutang yang boleh kita selesaikan. Ini perspektifnya yang saya nak letakkan,” katanya.


Najib masih berpegang kepada teori Aset melebihi Liabiliti bagi mendakwa 1MDB belum ada kerugian lagi.

Panjang la pulak kalau nak berdebat soal Aset melebihi Liabiliti. Apa yang saya tahu, Operasi 1MDB RUGI. 

Kita tunggu lapuran tahunan berakhir Mac 2015 pula...... kenapa lambat kalau dah tahu 1MDB ni seluruh rakyat nak tahu kedudukan kewangannya ? Apakah masih nak bergantung kepada penilaian semula harga tanah untuk menyelamatkan 1MDB ?

Paling baik adalah dengan mengadakan pertemuan dua hala 1MDB/Najib dengan rakyat/media. Apa yang payahnya ????

No comments:

Post a Comment