siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Sunday, August 23, 2015

derma?

di petik dari blog Din Turtle.

Penjelasan Derma RM2.6 Bil - Zahid Mendahului Siasatan SPRM ? ( Juga Eksklusif Video dari Anina )

Sunday, August 23, 20155comments

Kali ni saya nak komen kenyataan Zahid mengenai Derma Najib. Anda boleh baca kupasan blogger JMD - Isu derma RM2,600 juta makin lama makin merepek . Saya bukan nak sentuh perkara yang sama tapi mengenai 2 lagi point Zahid yang saya rasa ramai tak perasan akan implikasinya.

Dari Mkini - 

Tanpa mendedahkan identiti penderma Arab itu Ahmad Zahid berkata, ia membuktikan tiada wang daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) masuk ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

Kenapa Zahid tak pasal2 sebut tentang KWAP ? Ramai yang tahu dana KWAP RM4 bil yang dipinjam oleh SRC itu SEDANG disiasat oleh SPRM. Ia juga berkaitan dengan dakwaan deposit RM42 juta yang dimasukkan ke akaun Najib setelah melalui beberapa siri transaksi yang melibatkan Gandingan mentari dan Ihsan Perdana.  Nama2 Jho Low, Nik Faisal dan Suboh sedang dicari untuk disoal siasat berhubung kes sama.

Point saya - Kes SEDANG DISIASAT dan Zahid pula seperti mendahului siasatan dengan kenyataan di atas ! ?

Satu lagi, kenapa Zahid sebut sedangkan isu itu belum panas lagi ? Apakah Zahid pula yang sengaja mahu memanaskan isu KWAP ?

Satu lagi Zahid kata -

"(Wang) AS$100 juta pertaa diberi atas nama Najib, manakala pindahan berikutnya dibuat melalui pelbagai syarikat kerana pihak penderma tidak mahu melihat ada cek 'seketul' dalam nama Najib,"



Huh ? AS$100 juta mana pulak ni ? Ada lagi deposit bernilai AS$100 juta ke ?

Takperlah.. mungkin typo di pihak Mkini tu .... tapi aksi pindahan melalui beberapa syarikat supaya identiti penderma tidak dikenali atau supaya tidak ada yang melihat ada cek 'seketul' dalam nama Najib adalah satu alasan yang lawak. Kalau setakat mahu merahsiakan identiti, cukup sekadar persetujuan antara penderma dan penerima, tidak perlu bersusah payah nak pakai pelbagai akaun bagai....

Kalau tanya saya, ia lebih berupa satu aksi Money Laundering !! 

Tapi mungkin Zahid rasa orang Umno boleh terima penjelasan sebegitu ....


Mkini
                                     *******************************************

Merujuk kepada tajuk artikel JMD - Isu derma makin lama makin merepek, cuba baca kenyataan Ketua Umno Kepong - 

"Umno ini satu-satunya kerajaan yang menentang Yahudi bla bla bla ......." TMI.

Hadoi la.... dah jadi macam satu pertandingan pulak sesama pemimpin2 Umno, siapa yang paling kuat bodek Najib ! Pelbagai versi dah timbul. Mana perginya versi dana politik dulu ?

Ada betulnya cakap Anina Saadudin di bawah ini -






KLiK untuk ke Youtube.

... dah jadi seperti musim sinetron kat TV ! .... Setiap ucapan perasmian itu dia akan cuba usaha untuk menerangkan tentang isu derma 2.6 billion. Malangnya ahli Umno disajikan dengan versi penerangan yang berbeza2. Contohnya untuk politik, untuk pilihanraya, untuk ISIS, untuk Yahudi .... and what's next ?

.... Kita bukan berhadapan dengan 3 juta ahli Umno, kita berhadapan dengan 28 juta rakyat Malaysia ..... mereka berhak untuk tahu perkara yang sebenar.

.....sudah sampai masanya untuk Presiden Umno Datuk Seri Najib tampil dengan satu penerangan yang jelas dan terang bukan hanya untuk 3 juta ahli Umno tapi untuk seluruh rakyat.

No comments:

Post a Comment