siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Thursday, October 30, 2014

najib macai 1mdb

Dipetik dari Blog Din Turtle.

1MDB - Hanya Pinjaman RM5.8Billion Saja DiJamin Kerajaan .... MAS Tak DiJamin Pun Tapi Kerajaan Juga Kena Tanggung !

Wednesday, October 29, 20143comments




Najib selaku Menteri Kewangan dan Bos 1MDB ada menjelaskan mengenai pinjaman 1MDB  dalam jawapan bertulisnya di Parlimen hari ini -

hanya pinjaman bernilai RM 5.8 billion sahaja yang menerima "jaminan eksplisit" kerajaan Malaysia berbanding hutang mereka yang menjangkau RM 37 billion.

Najib turut menjelaskan hutang 1MDB setakat tahun berakhir 31 Mac 2013 ialah RM 36.25 billion.

liabilii terhad hal kewangan 1MDB tidak dimasukkan dalam kiraan liabiliti kerajaan, sebaliknya tanggungjawab syarikat itu sendiri.

Kedudukan kewangan 1MDB tetap kukuh, disokong oleh aset-aset strategik yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti di samping mempunyai peluang pertumbuhan utuh - Mkini.

Beberapa persoalan timbul yang mungkin ada di antara anda yang mampu jawab - 
 
Pertama, Najib belum menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh The Edge seperti yang disebut oleh Tun Mahathir kenapa KOS PINJAMAN 1MDB terlalu tinggi ( KLiK )

Kedua, "(Jawapan itu) tidak melibatkan satu surat sokongan yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada 1MDB Global Investment untuk mendapatkan pinjaman bernilai RM9.5 bilion, Mac tahun lalu," Mkini.

Ketiga, KALAUPUN liabiliti terhad 1MDB itu adalah 100% atas semua pinjaman, siapa kata kerajaan tidak perlu tanggung apa2 ? Bukankah 1MDB milik kerajaan ?

Kalau dicagarkan aset2 untuk pinjaman, bukankah aset2 itu milik kerajaan melalui 1MDB ? 

Maknakata, apajua yang perlu ditanggung oleh 1MDB, secara tak langsung ( atau secara langsung ? ) perlu juga ditanggung oleh kerajaan ! Dan kerajaan pula guna duit rakyat.

Kalau 1MDB rugi, bukankah kerajaan juga yang kena selamatkan akhirnya ...... macam MAS ? Berapa kali MAS perlu diselamatkan oleh kerajaan menggunakan duit rakyat ? Adakah MAS buat sebarang perjanjian melibatkan kerajaan sebagai penjamin ... tidak kan ?

Jadi berapa peratus pun pinjaman 1MDB yang dijamin oleh kerajaan, akhirnya kerajaan / rakyat juga yang kena tanggung ! Jumlah pinjaman sebanyak RM36.25 billion itu tetap juga akan ditanggung oleh rakyat jika 1MDB kantoi. Lainlah kalau 1MDB itu milik Najib ....


Saya bukannya pandai pun ekonomi tapi begitulah cara pemikiran logik saya..... dan saya percaya turut dikongsi oleh ramai yang lain, Saya harap jika ada sesiapa yang lebih berpengetahuan agar dapat berikan pencerahan.

No comments:

Post a Comment