Kepercayaan Rakyat Kepada Najib
Thursday, October 2, 201426comments
Ok tak gambar di atas digunakan dalam kerajaan berdepan dengan rungutan dan bantahan rakyat atas keputusan kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen ?
Ramainyalah yang bising .... tak berhenti2 rakyat mengeluh dalam sosial media dari semalam. Pelbagai hujah dikemukakan. Kalau diingat kembali, hujah2 dari kedua belah pihak rakyat dan kerajaan adalah sama jer ketika minyak naik tahun lepas. Deja vu ......
Serius ... alasan kerajaan sebiji ... rungutan rakyat pun sebiji !
Saya hanya nak tambah rencah sikit.... bukan nak menyebelahi sapa2 tapi cuba melihat faktor di sebalik kemarahan rakyat.
Sebab itu gambar di atas tu ..... apa reaksi anda kalau gambar itu berlalu didepan mata anda samada dilekat pada badan lrt, bas, lori atau pada dinding.....?
Faktor KEPERCAYAAN.
Kenapa rakyat secara spontan bising dari semalam ? Tidak ada kaitan dengan pembangkang reaksi awal rakyat tu ok.... sama juga reaksi awal isu kangkong dulu. Itu adalah reaksi semulajadi rakyat.
Sebab rakyat sudah kurang kenyakinan / tidak percaya lagi kepada janji2 Najib.
Jangan lihat isu kenaikan harga minyak ini sebagai satu kes terpencil. Keresahan dan protes rakyat adalah luahan segala apa yang terkumpul selama ini.... isu minyak ni sekadar katalis yang menyemarakkan bara.
Takpun umpama tindakan memicit jerawat ...... hehehe
Apakah kerajaan telus selama ini dalam hal2 perbelanjaan negara ? 1MDB, Pemandu, Talentcorp, pembelian IPP ( yang kesannya tidak menurunkan tarif letrik pun ), kos menyelamatkan MAS , dan banyak lagi perbelanjaan yang saya kira ..... kerajaan tidak beri penjelasan sepenuhnya dan dalam usaha menyelesaikan masalah, mereka yang jadi penyangak terlepas padahal rakyat pula yang dibebankan melalui usaha2 menyelamat ( contohnya MAS )
Malas nak ungkit banyak2 ... tapi point saya, tahap kepercayaan rakyat kepada Najib sudah semakin nipis atau hampir tiada.
Niat kerajaan kononnya nak gunakan duit yang bakal dijimatkan melalui subsidi minyak itu untuk program2 rakyat... bukankah bagus tu ? Masalahnya adakah rakyat percaya dan terima ?
Kerajaan memaksa rakyat untuk terima penjelasannya. Siapa yang tidak terima akan dilabel sebagai pembangkang.... kan ? Sebagai tidak pandai nak berterimakasih... kan ?
Tapi bab nak beri penjelasan tentang perbelanjaan kerajaan yang kontroversi, kenapa berat mulut ?
Kalau rakyat percaya kepada keikhlasan Najib dan kerajaan, yang apa jua tindakan adalah demi kesejahteraan rakyat, tidak mungkin begitu ramai yang melenting dari semalam.
Ya ... harga pasaran lambat laun akan stabil dan rakyat lambat laun akan adjust dengan apajua harga baru ... apa pilihan yang ada ? RAKYAT TIDAK PUNYA PILIHAN DAN TERPAKSA TERIMA.
Cuba Najib beritahu - Apakah rakyat ada pilihan lain ?
Kerajaan LEBIH TAHU ....kan ?
Cuma saja, kemarahan rakyat akan kembali dipendam .... menunggu satu lagi kes untuk diluahkan kembali .... pendam lagi .... dan begitulah sehingga pilihanraya. Waktu itu kerajaan akan bertukar wajah menjadi kerajaan yang paling perihatin pada nasib rakyat yang tidak ada tolok bandingnya di dunia.
Teringat era 98-99 .... ekonomi dunia meleset dan pemimpin kita pulak buat sesuatu yang pelik yakni tidak akur kepada polisi fiskal yang diterimapakai oleh dunia... seharusnya rakyat yang amat terkesan dari segi ekonomi, bangkit dan protes.... apakah itu yang berlaku ?
Tidak kan ..... rakyat menaruh sepenuh kenyakinan kepada kepimpinan Dr Mahathir untuk membawa negara keluar dari kemelut ekonomi...... sebab rakyat PERCAYA pada Dr Mahathir.
Adakah rakyat PERCAYA pada Najib ?
Najib masih punya masa kalau ikhlas nak kembalikan kepercayaan rakyat. Perjelaskan semuanya perbelanjaan yang menjadi kontroversi, dedahkan ke mana wang rakyat telah dibelanjakan, lakukan langkah2 pembetulan mana2 yang tak betul ..... buktikan yang kerajaan sudah lakukan yang terbaik untuk rakyat ... nescaya rakyat akan sokong kerajaan.
PS - Dan dapatkan pandangan rakyat apakah majoriti rakyat mahu BR1M diteruskan kalau beginilah harga nya
No comments:
Post a Comment