siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Wednesday, October 8, 2014

najib yang blur

Dipetik dari blog Din Turtle.

Tun Mahathir - Menegur Berdasarkan Bukti Tapi Najib Tetap Blur

Tuesday, October 7, 201411comments


Artikel sambungan kepada Menegur Chedet dah keluar ! Kali ni kenyataan dari Tun Mahathir lambat mendapat sambutan dari pemimpin Umno, tidak sepertimana kenyataan Tun dalam isu 20 sen.... kenapa ek ?

Saya copy sepenuhnya dibawah...

Kali ini Tun tak banyak cakap, tak perlu menyindir... Tun cakap direct ... errr hampir2 direct. 

11. Perdana Menteri Kelima setelah menang besar dalam PRU 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU 12, 2008.

12. Sepatutnya pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. Pencapaian Perdana Menteri Ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang Kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang Kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.

13. Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.


Itulah BUKTI yang Tun katakan sebagai asas kepada teguran beliau sebelum ini.

8. Mungkin teguran tidak berasas. Tetapi berasas atau tidak boleh diketahui apabila diuji.

PRU13 adalah ujiannya dan TERBUKTI cara Najib GAGAL.

Lagi2 alasan - Najib mewarisi kerajaan yang lemah - diberikan tapi paling tidak jika Najib itu bagus sangat, prestasi BN kalau tidak meningkat sedikit pun, dapat pertahankan kedudukan PRU12 pun dah cukup. 

Tapi apa keputusan ujian Najib itu ? Kalah majoriti dan hampir jadi pembangkang kalau bukan kerana ehsan Melayu Pribumi ! Seperti kata Tun - LEBIH BURUK dari PakLah.

Tapi ada Najib nak belajar dari KEGAGALAN beliau itu ? 

Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.

Dan kita boleh lihat kesannya .... dalam keadaan pembangkang yang bergolak krisis dalaman pun, BN tetap tidak bermaya. Penasihat yang memusnahkan masih tetap dipertahankan.Yang menolak BN terus dilayan sementara yang membantu diketepikan. 

Ketirisan dan keborosan oleh agensi2 penasihat Najib berterusan .... sementara rakyat dipaksa menanggung bebannya.

Jika ini berterusan, tidak mustahil pemberi ehsan kepada Umno BN akan merajuk dan protes. Dan yang pasti - BN akan kalah PRU14.


...mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk dimasa hadapan.




Apakah Najib mahu belajar ? 


Apakah respon pemimpin Umno masih sama - Kami hormat Tun Mahathir dan kami sokong Najib ? Sama-sama Blur ...


KERAJAAN TERIMA DENGAN TERBUKA TEGURAN TUN M 

1. Saya gembira kerana Kerajaan terima dengan terbuka teguran saya.

2. Saya teringat akan perjanjian Raja-Raja Melayu dengan British. Disebut dalam perjanjian itu British akan menugas seorang pegawai mereka sebagai Penasihat (Adviser) dalam bahasa mereka, kepada Kerajaan negeri.

3. Tetapi dalam perjanjian itu disebut juga bahawa apabila Penasihat British memberi nasihat, Raja dan Kerajaan mesti terima. Penerimaan ini mengikut fahaman British bermakna mengikuti dan melaksana nasihat yang diberi.

4. Apabila nasihat mesti diterima dan dilaksana, ia bukan lagi nasihat. Ia sudah menjadi arahan atau “command” dalam bahasa Mat Salleh. 

5. Demikian apabila British Resident (nama lain bagi adviser yang bermakna “penduduk”) mendapati seorang Raja Muda tidak sesuai untuk naik takhta apabila Raja mangkat, nasihat diberi supaya dianya tidak diberi hak untuk mengganti Raja. Dan Raja pun terpaksa terima kerana nasihat Resident mesti diterima dan dikuatkuasakan.

6. Raja-Raja Melayu biasanya mempunyai Majlis Penasihat. Tetapi Raja tidak perlu menerima nasihat mereka, jauh sekali daripada melaksana nasihat yang diberi. 

7. Teguran saya bukanlah nasihat. Nak terima atau tidak adalah hak orang yang ditegur. Nak laksana atau tidak juga hak pihak yang ditegur.

8. Mungkin teguran tidak berasas. Tetapi berasas atau tidak boleh diketahui apabila diuji.

 9. Dalam negara demokrasi ujian yang terbaik ialah apabila pilihanraya diadakan. Jikalau teguran tidak berasas, dan dasar serta pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi.

 10. Sebaliknya jika prestasi dalam pilihanraya menjadi lebih buruk maka besar kemungkinan teguran yang dibuat berasas.

 11. Perdana Menteri Kelima setelah menang besar dalam PRU 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU 12, 2008.

 12. Sepatutnya pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. Pencapaian Perdana Menteri Ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang Kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang Kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.

 13. Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.

14. Penegur tidak ingin menjadi Penasihat British. Teguran bukan arahan. Tetapi mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk dimasa hadapan.


DT - Apalagi keputusan yang lebih buruk buat BN dari PRU13 ? Jadi pembangkang ler ... 

No comments:

Post a Comment