siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Wednesday, August 14, 2013

Ada Sokongan Ke Desakan Din Turtle Ni?

Dipetik dari blog Din Turtle


Saya Sokong Jika Muhyiddin Bertanding Presiden !

Tuesday, August 13, 201327comments

Pemilihan UMNO semakin panas selesai saja umat Islam menyambut AidilFitri. Ramailah yang akan menganjurkan majlis2 Hari Terbuka Raya sehingga 30 Syawal. Baguslah .. tambah mengeratkan silaturrahim.

Terbaru dikatakan Umno telah meminda tarikh2 tertentu berkaitan Pemilihan atas beberapa sebab tertentu terutamanya kerana persiapan menyambut Obama yang nak datang melawat Malaysia. Sukanyaaaa ..... Obama nak datang ! 

Berikut adalah tarikh baru yang telah ditetapkan.

 I. Mesyuarat Cawangan UMNO dilanjutkan dari 31 Ogos kepada 15 September 2013;

II. Pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri daripada 7 September kepada 21 September 2013;

 III. Mesyuarat pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 12 Oktober 2013;

IV. Penamaan calon untuk pemilihan Majlis Tertinggi UMNO daripada 7 September kepada 28 September 2013;

V. Mesyuarat Bahagian dan hari pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dipinda daripada 5 Oktober kepada 19 Oktober 2013
.



OKlah tu .. beri peluang yang sama kepada semua pihak. Tak terbayang macamana nanti kalau Obama datang takder siapa nak sambut kat KLIA hahahaha ...

Sebenarnya apa yang saya ingin saya tulis kali ini adalah berupa satu RAYUAN kepada 150,00 orang Melayu Umno yang bertuah terpilih menjadi penentu kepada barisan kepimpinan Umno semasa PAU tidak lama lagi.

Saya berharap anda semua dapat mengubah cara anda melihat Pemilihan kali ini terutamanya untuk jawatan tertinggi parti. Anda kena ubah minda dari melihat diri anda membuat pilihan seorang Presiden Parti kepada anda sebagai seorang yang akan memilih seorang Perdana Menteri.

Pasti perspektif anda akan berbeza menjadi bertambah luas dan tanggungjawabnya bertambah besar. Dari hanya memikirkan halatuju parti kepada menjadi penentu nasib bangsa Melayu dan halatuju negara.

Saya tidak nampak akan diadakan sebarang Pemilihan lagi selepas ini sehinggalah selepas PRU14. Siapa juga yang anda pilih sebagai Presiden adalah orang yang akan mengetuai Umno BN menghadapi PRU14 kelak.

Apakah anda yakin Presiden yang anda akan pilih nanti mampu membawa kejayaan kepada BN pada PRU14 ?

Jangan anggap ringan kuasa yang ada ditangan anda. Anda membawa amanat bangsa Melayu secara amnya. Fikirlah semasak2nya ..... apakah anda mahu negara dan bangsa Melayu terus dipimpin oleh seorang Melayu Liberal yang hanya bergantung kepada para penasihat untuk membuat sebarang keputusan ? 

Pastinya ramai yang akan jawab - Habis tu, nak pilih siapa lagi ? Mana ada pencabar kepada Najib ?

Makanya ...... ANDA KENA BERSUARA ! 

Minta Muhyiddin sambut cabaran untuk bertanding kerusi Presiden / Perdana Menteri !

Ini bukan soal personal atau peribadi. INI SOAL MARUAH BANGSA, INI SOAL NEGARA. 

Kepada Muhyiddin - Tidak timbul soal lawan bos atau nak kena jaga hati Najib bla bla bla .... sebagai pemimpin besar, anda harus juga berjiwa besar. Mampu melihat diluar kepompong peribadi. 

Bangsa dan Negara perlu diselamatkan. Bangsa dan Negara memerlukan anda mengambil satu tindakan yang tegas dan berani. Ini bukannya masa untuk playsafe lagi atau nak jaga hati mana2 individu.

Percayalah, RAMAI yang akan menyokong anda dalam perjuangan ini !


PS - hmmmm ... Mulanya cadang nak berkias-kias jer, tapi lantaklah. Biar saya straightforward jer !

Saya mahu lihat dan akan sokong Muhyiddin sekiranya beliau bertanding jawatan Presiden Umno.


Demi masadepan Bangsa dan Negara !

No comments:

Post a Comment