Politik Bodoh Blogger UMNO Gunakan Nama Pressec PM Untuk Berkuasa dan Kemewahan
Dalam UMNO ada banyak kumpulan blogger mahupun Facebooker yang berasakan mereka hebat. Namun rata-rata tahu, blogger pro-UMNO mahupun blogger UMNO hanya beberapa nama sahaja yang jadi perhatian. Yang lain, hanyalah sampingan.
Sebelum PRU 505, memang sudah berlaku perpecahan di kalangan blogger-blogger ini. Walaupun nama-nama besar di kalangan mereka menyerang Pakatan dengan hebat, beberapa orang pula sibuk mengambil dan mencuri nama dengan menyatakan mereka lebih hebat kalau diberi peluang.
Antara pemimpin yang jadi payung untuk berlindung adalah Tengku Adnan, Ahmad Maslan serta beberapa orang yang rapat dengan PM. Salah seorang daripada mereka adalah Datuk Akmar, SUA PM.
Sebuah kumpulan maya pro UMNO yang begitu terkenal kerana berjaya jatuhkan Pak Lah, MYKMU menjadi tempat berkumpulnya blogger-blogger berkenaan. Pengendalinya adalah Johari Ishak dan Abdul Jalil Backer. Menerusi inisiatif kedua-duanya, ramai blogger pro UMNO terbela dan mula nampak dunia.
Dalam mana-mana organisasi, pasti ada kacang hantu atau opportunis yang bijak mengambil kesempatan terutama sekali apabila MYKMU dan kedua-dua pengendali itu mempunyai hubungan baik dengan orang penting termasuklah dengan Akmar.
Antara yang menemui Johari dan Jalil untuk diminta bantuan adalah blogger Azmy Awang Kelana Jaya atau AAKJ. Blogger ini sebenarnya adalah orang politik yang terbuang di sana sini dan sudah hampir muflis tetapi sangat hebat mengangkat diri.
Blogger ini memang pandai mencipta masalah tetapi bijak pula berpura-pura yang dia baik. Nasibnya terumbang-ambing apabila kedudukannya selaku Presiden Nadi Rakyat, iaitu kumpulan Facebooker prokerajaan telah dirampas dan diambilalih oleh Rafi Awang Kecil serta Wan Muhammad Azri Wan Jusoh dengan dia sendiri tercampak keluar bersama beberapa orang pengikut setianya.
Johari dan Jalil telah melakukan kesilapan terbesar dalam kerjaya mereka apabila dengan baik hati memperkenalkan AAKJ kepada Akmar. Akhirnya AAKJ menggunakan nama Datuk Akmar untuk segala urusan bagi kepentingan peribadinya tanpa pengetahuan si pemilik nama. Sebelum itu, dia menggunakan nama Johari dan Jalil untuk mencari pengaruh di kalangan rakan-rakan bloggersnya.
Dalam kejadian terbaru di Command Centre Barisan Nasional di Kem Damai Resort di Bukit Keluang, Kuala Besut, AAKJ telah menyerang beberapa orang blogger UMB iaitu Double Y, 1Peluru, Sangkakala dan seorang lagi blogger yang tidak diingati namanya. Blogger-blogger UMB yang berada di bawah Tun Faisal, dua minggu sebelum datang ke Kuala Besut, telah melancarkan kempen MUTE PRK KUALA BESUT apabila mereka tidak diberikan peranan sekaligus tidak mendapat peruntukan.
Dengan menggunakan nama Datuk Akmar, AAKJ telah cuba berlagak hero dengan melakukan provokasi dan serangan secara peribadi sehingga hampir menimbulkan pergaduhan. Alasannya, dia mahu mempertahankan nama baik bossnya yang dituduh menyonglap duit bloggers sepertimana yang dituduh oleh blogger-blogger UMB itu. Sedangkan cerita Akmar songlap duit blogger, dia yang bisikkan kepada blogger lain sehingga menimbulkan prasangka terhadap Johari dan Jalil.
Tindakannya menyebabkan rahsia pembohongannya terbongkar. AAKJ lebih kepada blogger copy paste menggunakan isteri untuk jalankan kerja-kerja blogging selain Twitter dan Facebook. Dia sendiri buta IT walaupun kerap berlebih-lebihan tentang keupayaannya.
Tidak itu sahaja, konspirasinya dengan beberapa orang penulis di MYKMU seperti Adamyan dan Hackers untuk merampas kuasa dan kepentingan, turut terdedah. AAKJ mengetuai gerakan untuk menggulingkan MYKMU dan memindahkan kesemua projek-projek serta kerja-kerja yang dijalankan oleh MYKMU selama ini ke tangannya dengan menggunakan pengaruh Akmar.
Blogger merangkap Facebooker dan pengikut setianya, Shazuein Azmaini Azmil turut terlibat dalam konspirasi ini. Shazuein yang sebelum itu bekerja dengan KitaGempur.com kendalian Nizam, pegawai khas Noh Omar, diambil bekerja untuk 1Felda Voice, bukan kerana kebolehannya menulis tetapi kerana simpati dengan keadaannya, seorang ibu tunggal yang mempunyai beberapa orang anak dijaga oleh ibunya di kampung.
Seorang SUA PM seperti Akmar sepatutnya lebih berhati-hati dengan orang seperti AAKJ yang kuat bohong dan temberangnya. Kalau nak buat blog dan buka page Facebook pun, minta Akmar sponsor dia ke luar negara, tetapi blog hantu yang berpuluh-puluh dan tidak terjaga itu pula, tiada sesiapa pun tahu akan kewujudan dan keberkesanannya. Blog dia sendiri pun hanyalah blog copy paste yang penuh dengan cerita porno dan lucah. Hasil tulisannya sendiri, tidak ada.
Banyak rahsia dari Pejabat Perdana Menteri yang telah dibocorkan oleh AAKJ untuk membuktikan dia lebih berkuasa dari Johari dan Jalil. Tetapi apabila ditanya, dia akan berdalih-dalih dan menyalahkan blogger lain yang tidak ada kaitan dengan Pejabat Perdana Menteri untuk selamatkan diri.
Di Kuala Besut, blogger yang berketrampilan persis orang alim itu tidak dapat jawab kenapa base yang dipilihnya adalah rumah abangnya di Pasir Puteh yang mengambil masa selama 40 minit perjalanan ke Kuala Besut.
No comments:
Post a Comment