siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Sunday, August 4, 2013

Betul Ke Merdeka?


Slogan dan Logo Hari Merdeka 2013 - Siapa Yang Cuba Promote, Kena Minta Maaf !

Saturday, August 3, 20133comments


Diatas adalah Logo dan Slogan bagi sambutan Hari Merdeka 2013. Alahai .... perlu ke setiap tahun nak kena ada slogan dan logo baru ? Menghabiskan duit jer ...... lainlah kalau setiap rakyat negara kita benar2 menghayati setiap slogan yang dicipta itu. Bab slogan dan logo memang negara kita tersohor didunia !

Takperlah, dah alang2 ada, kita layan jer... 

MalaysiaKu Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Menurut KKMM, tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa itu dipilih untuk mengingatkan rakyat kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.

"Selaras dengan pendekatan tema ini, konsep sambutan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara. Bla bla bla .... - Sinar.

Hmmm ... Very the patriotic. Tahun lepas bila kita pakai slogan yang bersifat nilai2 murni yang harus ada pada setiap insan - Janji DiTepati, ingatkan nak teruskan format yang sama. Jadi saya jangkakan slogan macam Sayangi Ibubapa, atau Senyum Sokmo atau Jangan Buang Masa ..... Patriotik pun OK juga. 

Kenapa tidak dipanjangkan hujah mengenai takrif Sayang dan Cintakan Negara itu ? Ia bukan setakat mempertahankan negara saja tapi juga menyayangi apajuga yang bersifat Nasional / Kebangsaan. Maksud saya menyentuh hal2 yang menyentuh setiap rakyat, hal2 yang mampu dipraktikkan oleh setiap rakyat ... bukan sekadar hal2 yang walaupun penting tapi diluar jangkauan kita rakyat biasa seperti isu pertahanan negara.

Sebagai contoh yang BARU BERLAKU ......

Pengetua SK Alam Megah mohon maaf pada pelajar


"Di sini, atas kasih dan sayang, saya memohon pemaafan kalau terdapat sebarang kesilapan sepanjang mentadbir sekolah ini, khasnya apa yg telah berlaku pada minggu lepas di mana pelajar-pelajar menyanyi tiga lagu patrotik, pada masa itu saya telah memberi teguran yg mungkin menyinggung sensitiviti sesetengah pihak.

"Niat saya adalah hanya sekadar menasihati semua murid, tak kira kaum, untuk menjadi warga malaysia yang lebih patrotik, seperti kata pepatah, di mana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung.

"Saya sebagai pengetua sekolah ini, amat berbangga dengan murid saya dan I love you all," katanya.

Tapi sebelum itu -

"Saya dimaklumkan beliau memohon maaf semasa perhimpunan, seperti janjinya kepada saya apabila kami bertemu beliau, di hadapan seorang pegawai jabatan pendidikan negeri (PPD).

Tidakkah apa yang cuba dilakukan oleh siPengetua menepati apa yang cuba disampaikan melalui slogan Hari Kemerdekaan 2013 ? Menerapkan semangat Dimana Bumi DiPijak, Disitu Langit Dijunjung.

Kalau tak mahu menjunjung langit ditempat kita berpijak, maka dipersilakanlah pijak dibumi lain !

Dan beliau tidak pilih kasih dalam kenyataan awal yang didakwa berbaur perkauman itu kerana disebut sama Melayu, Cina dan India  .... kan 1Malaysia tuh ! ?

Tapi apa kesudahannya ? Beliau ( dipaksa ? ) meminta maaf dikhalayak ramai....

Dimana pemimpin2 negara yang tak kiralah dari kaum mana sekalipun, kenapa tidak ada yang mahu tampil mempertahankan Pengetua itu ? 

Makanya saya bertanya - Apa gunanya direka pelbagai slogan baru kalau tidak ada siapa yang mahu menjiwainya ?

No comments:

Post a Comment