siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Wednesday, August 14, 2013

JILAT SAMPAI BILA BILA

Dipetik dari blog Media Permatang Pauh

CINA TAK BAGUS PUN TAKPA, KAMI TETAP JILAT SAMPAI BILA BILA.


POSTED BY MPP ON RABU, 14 OGOS 2013 0 COMMENTS

Tiada masalah untuk Gerakan terus menerajui kepimpinan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, dengan syarat parti itu harus meraih sokongan rakyat khususnya masyarakat Cina di negeri itu, kata ADUN Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.

Sokongan kepada Gerakan itu dibuktikan dengan penolakan peletakan jawatan Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow sebagai pemimpin nombor satu negeri itu, oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Gerakan antara parti yang mewakili kaum Cina di Pulau Pinang mendapat prestasi buruk dalam pilihan raya umum sejak dua penggal lalu.

Jelas Roslan, Umno akan terus memberikan sokongan kepada Teng agar negeri itu dapat diambil alih BN pada masa depan.

"Mengenai kepimpinan, kita Umno nampak ada kekuatan cuma parti komponen iaitu Gerakan, MCA dan MIC...Pimpinan peringkat pusat perlu melihat apa yang harus dilakukan.

"Tetapi bila saya dapat maklum yang Pengerusi BN tak terima peletakan jawatan Teng Chang Yeow maka saya lihat beliau boleh (melakukan sesuatu) yang mana beliau seorang anak muda yang berwawasan tinggi, berkeupayaan dan jelas kita dapat lihat dari gerak kerja yang dia buat," katanya kepada media.

Justeru beliau meletakkan harapan tinggi kepada Teng untuk mengubah pandangan dan sokongan rakyat negeri itu.

"Jadi saya rasa beliau (Teng) boleh meneruskan untuk mengetuai BN di Pulau Pinang dengan sokongan kuat parti komponen yang lain tapi sekiranya sendiri memikirkan bahawa Umno perlu untuk menerajui, mengetuai kepimpinan BN negeri bagi saya Umno tiada masalah.

"Apa yang lebih penting kita perlu bangkit untuk menyakinkan semua kaum bahawa hubungan antara kaum dalam BN adalah baik," katanya.

Sebelum ini Ketua Penerangan Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Gerakan wajar menyerahkan jawatan nombor satu BN Pulau Pinang kepada Umno selepas parti itu dan MCA gagal menarik pengundi kaum Cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pada PRU13, pada 5 Mei lalu, Pakatan Rakyat mengekalkan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendapat kemenangan majoriti dua pertiga dalam DUN.

No comments:

Post a Comment