siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Monday, August 26, 2013

Lidah Najib Dicucuk Wel Wel..

Dipetik dari blog Jebat Berkokok.


PM pun tak bising..shhh...baik semua diam!!!


Bila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waythamoorthy mempersoalkan SOP pihak polis di dalam menangani gangster, banyak pihak khususnya sahabat blogger tampil melahirkan rasa berang.

Tidak cukup dengan blogger, Menteri Zahid Hamidi, Menteri Hishamuddin dan Menteri Shahidan Kassim pun terang-terangan menyuruh Timbalan Menteri Hindraf itu meletakkan jawatan kerana jelas etikanya itu bertentangan dengan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri.

Dalam pada kita menjerit dan menggesa Timbalan Menteri Hindraf ini meletakkan jawatan, persoalan yang kian mutar ligat di dalam benak kita ialah apakah pendirian Perdana Menteri terhadap tingkahlaku Timbalan Menteri Hindraf ini? Bukankah Perdana Menteri Najib Razak yang melantik beliau? 

Sehingga artikel ini ditulis, Najib seakan kelu lidah dan tidak memberikan sebarang komen. Rasanya kalau melibatkan ahli-ahli UMNO sudah awal-awal lagi Perdana Menteri Najib Razak mengeluarkan kenyataan bahkan mungkin sahaja kata dua.

Perdana Menteri Najib Razak tampak seakan kelu lidah apabila isu yang melibatkan cinabeng dan kini kaum yang satu lagi itu. Apakah Perdana Menteri Najib sudah lupa bahawa undi Melayu lah yang meletakkan beliau di kedudukan sekarang?

Ahhh..bukan sekali dua kita mengingatkan Perdana Menteri Najib Razak tetapi lenggoknya tetap sama.

Jadi pesan Jebat kepada sahabat-sahabat....PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK PUN TAK BISING APAHAL PULAK KITA NAK BISING..KITA SIAPA DIA SIAPA..SO YOU ALL BETTER SHUT UP!!!

JUST READ pun nampak naik angin satu badan...Cukup sinis ayat blogger Just Read..Jom baca!!!

No comments:

Post a Comment