siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Monday, August 5, 2013

Pemimpin Kulit Bawang

Dipetik dari blog Gelombang Wangsa Maju..


| Sunday, August 4, 2013
Semakin hampir pemilihan Majlis Tertinggi UMNO Oktober ini, semakin GALAK pemimpin UMNO mulai menyalak mengenai MELAYU

Perbualan santai bersama beberapa ahli dan pemimpin UMNO sewaktu majlis berbuka puasa di sebuah hotel terkemuka memuktamadkan kesimpulan, TIGA perkara yang menjadi keutamaan sebaik sahaja tamatnya Pilihan Raya Umum ke-13.

1) Pelaksanaan berkaitan pemilihan UMNO telah pun berlangsung dengan lancar sejak bulan Jun bermula siri jelajah penerangan ke tiap-tiap negeri dan persidangan Cawangan bermula pada 15 Julai lalu hingga 31 Ogos 2013.

2) Pemilihan Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan berlangsung pada 5 Oktober depan dan Perhimpunan Agung UMNO 2013 akan diadakan bermula 2 hingga 7 Disember 2013 dengan pendaftaran calon bagi semua jawatan sama ada di peringkat ahli MT, peringkat Bahagian dan peringkat pergerakan sayap-sayap akan diadakan pada 7 September (Sabtu) di Badan Perhubungan UMNO Negeri.

3) Persidangan sayap pergerakan dan pemilihan serentak sayap pergerakan akan berlangsung pada 28 September 2013.

Agak aneh ...

Semakin hampir pemilihan Majlis Tertinggi UMNO Oktober ini, semakin GALAK pemimpinUMNO mulai menyalak mengenai MELAYU. MELAYU kembali menjadi perkataan keramat dibibir setiap ahli dan pemimpin UMNO. 

MELAYU ini, MELAYU itu, MELAYU perlu di'ini'kan, MELAYU perlu di'itu'kan. Pelbagai konotasi MELAYU mulai terjuih dari bibir-bibir orang UMNO. Tidak ada satu pun 'post mortem berani mati' prestasi UMNO dibincangkan secara kritis dan mendalam. Tidak ada yang berani mengupas 'pertambahan sedikit majoriti undi' kemenangan UMNO pada PRK Kuala Besut yang lalu.

Sudah tampak dalam pemikiran sejagat bahawasanya PEMILIHAN UMNO melebihi PRESTASI UMNO sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13. Lobi-melobi sudah mula berjalan dengan lancar. Semakin ramai ahli UMNO sudah tidak segan silu mencium tangan pemimpin tertentu. Adegan kipas-mengipas tidak juga kurang hangatnya berlaku.

Orang MELAYU perlu buka mata ...

Semakin ramai pemimpin UMNO sudah galak mahu diangkat sebagai HERO MELAYU. Dalam waktu kedudukan orang MELAYU seperti mahu diketepikan oleh puak-puak chauvinist, ada pemimpin UMNO yang cuba bangkit menggunakan isu tertentu agar memudahkan diangkat sebagai pemimpin terulung MELAYU.

Dalam waktu yang singkat nama pemimpin UMNO ini mula terukir dibibir orang MELAYU, kononnya sudah menjadi pejuang rakyat, ULTRA-MELAYU, lebih MELAYU dari MELAYU yang sebenar. Walhal pemimpin UMNO inilah yang pernah berkomplot dalam menjatuhkan air muka mantan Presiden UMNO suatu waktu dahulu dengan polemik nepotisme dan kronisme.

Tidak kurang juga dengan pemimpin UMNO yang kini LANTANG mengherdik chauvinist sebagai budak hingusan yang buta sejarah dan tidak mengambil kira sensitiviti dalam negara. Secara tiba-tiba kini semuanya mengenai MELAYU.

Sudah semakin sinonim PEMILIHAN UMNO mula membangkitkan SINDROM HERO MELAYUdikalangan pemimpin UMNO. Dan inilah waktu terbaik bagi lebih 150,000 anggota UMNO bagi menentukan kepimpinan parti yang BERJIHADKAN MELAYU tanpa mengira waktu dan musim tertentu.

Apa guna pemimpin UMNO berjuang dalam politik kalau tidak kerana orang MELAYU, hak ISLAM di samping menjaga kepentingan orang lain.

Ahli UMNO bertanggungjawab SEPENUHNYA melantik pemimpin yang mampu pertahankan hak yang dimiliki oleh MELAYU. Sudah tidak ada masa untuk melantik pemimpin yang mahu TUNJUK HERO mengikut musim tertentu.

No comments:

Post a Comment