siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Wednesday, September 4, 2013

0.1% Ajer..

Dipetik dari blog Din Turtle.

"Saya begitu prihatin mengenai kos pengeluaran makanan yang keterlaluan dan perniagaan berkaitan seperti restoran, apabila peningkatan harga tidak sepatutnya melebihi 0.1%,"

Laporan New Straits Times menyebut, perkara itu ditunjukkan dalam kajian yang dijalankan kementerian berhubung impak ke atas pengeluaran makanan.


Fuuuuh ...pastinya lega rakyat Malaysia mendengar kenyataan dari Menteri Jika-Harga-Ayam-Naik-Belilah-Daging ini. 

KPDNKK telah buat kajian dan hasilnya membuktikan kenaikan hampir 10% harga minyak petrol dan diesel hanya memberi kesan tidak lebih 0.1% kepada kos pengeluaran makanan .... jadi harga jualan makanan juga tidak harus melebihi 0.1%.

Hmmmmm ..... 0.1% ya ........ 
Kalau RM10, 0.1% adalah  1 sen .... hmmmmm ......

Nak komen tak ni ......... 

Tapi kan dah dibuat kajian .... oleh Kementerian KPDNKK tuh ! 


Tengok muka Menteri nya ...... Ganazzzzzz beb ! Tak berani lah nak komen .....

Kita pakat beri kerjasama jelah ya ... Tel 1-800-886-800 

ingat ya .... 0.1% !


Tindakan tegas akan diambil terhadap perniagaan yang menaikkan harga barangan dan perkhidmatan secara keterlaluan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek.

Beliau menggesa para pengguna yang berhadapan dengan situasi itu diminta untuk menghubungi talian hotline kementerian di 1-800-886-800, or emel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my.

"Saya begitu prihatin mengenai kos pengeluaran makanan yang keterlaluan dan perniagaan berkaitan seperti restoran, apabila peningkatan harga tidak sepatutnya melebihi 0.1%,"- mStar.

"Consumers must report in with the exact facts so we can act immediately.  I am most concerned about unfairly priced food production costs and related businesses like restaurants, as there should be no more than a 0.1% price increase,"The Star.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata kenaikan harga minyak hanya akan menyebabkan harga makanan meningkat 0.1 peratus.

Laporan New Straits Times menyebut, perkara itu ditunjukkan dalam kajian yang dijalankan kementerian berhubung impak ke atas pengeluaran makanan.

"Kita telah melakukan yang terbaik untuk memastikan apa-apa tindakan untuk mengurangkan subsidi tidak akan membebankan pedagang. Oleh itu, kita tidak melihat apa-apa sebab untuk mereka menaikan harga makanan sebagai kesan dari kenaikan petrol,”- 
Mkini.


No comments:

Post a Comment