siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Wednesday, September 18, 2013

Mukhriz Calon Naib Presiden UMNO

Dipetik dari Mstar.


MB Kedah Dapat 'Lampu Hijau' Tanding Naib Presiden
PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir telah menerima sokongan sebulat suara daripada pemimpin-pemimpin Umno bahagian di peringkat negeri untuk bertanding jawatan naib presiden.
Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin bahagian malam Selasa.
Jika Mukhriz memutuskan untuk bertanding, beliau akan menukar persaingan menjadi persaingan sengit enam penjuru di kalangan calon 'heavyweight' bagi merebut tiga jawatan naib presiden.
"Insya Allah saya akan membuat pengumuman pada hari Khamis," kata Mukhriz.
Setakat ini pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam telah mengumumkan hasrat mereka bertanding, menyaingi penyandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.
Mukhriz adalah anak kepada perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala Hishammuddin perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn.
Pemerhati politik dan pengguna internet pada Selasa dikejutkan dengan berita Mukhriz memanggil pemimpin Umno Kedah untuk bermesyuarat malam tadi.
Mukhriz dikatakan telah bertemu dengan pemimpin-pemimpin termasuk daripada sayap Umno di kediaman rasminya di Alor Setar.
Menurut sumber, beliau memanggil mesyuarat itu untuk mengukur maklum balas mereka sebelum membuat keputusan muktamad.
Ketua Umno Bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad berkata Mukhriz perlu bertanding jawatan naib presiden dan menang, beliau boleh membantu memulihkan Umno.
"Generasi muda dalam Umno melihat Mukhriz sebagai ikon.
"Barisan Nasional dapat merampas kuasa di Kedah daripada PAS kerana sokongan besar daripada pengundi muda.
"Kita perlu mendapatkan pemimpin muda seperti Mukhriz untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam parti kerana kita perlu bersedia untuk pilihan raya umum akan datang di mana generasi muda membentuk lebih daripada 40 peratus daripada pengundi," katanya.
Ketua Umno Bahagian Sungai Petani Datuk Ali Yahaya berkata Mukhriz adalah seorang yang rasional yang tidak akan membiarkan tekanan luaran mempengaruhi keputusannya.
"Mana-mana jawatan yang beliau akan bertanding, kita akan menyokong beliau, dan orang-orang di utara mahu melihat beliau disanjung," kata beliau.

No comments:

Post a Comment