siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Monday, September 9, 2013

Kenapa Wajib Mempertahankan Najib?

Dipetik dari blog Paneh Miang.


Pelik sungguh la KENAPA Orang UMNO masih nak pertahankan Najib!!

Suatu ketika dulu, sebelum wujudnya 1Malaysia, sebelum wujudnya Ah Jib Gor, sebelum muncul gelaran Mat Liberal dan Bapa Vernakular, sebelum lahirnya PEMANDU yang anggotanya lebih ramai Cina berbanding Melayu, sebelum wujudnya ConSultans serta PunahSihat....telah terngiang-ngiang satu suara...

Najib berkata disebabkan kenaikan harga minyak, kerajaan berharap rakyat berjimat, dan ini harus dilihat secara positif dan bukannya secara emosi. "Anjuran supaya kita berbelanja secara berhemat, bermakna berbelanjalah secara berhati-hati. Berjimat cermat bukan maknanya lokek dan kedekut, pemurah bukan maknanya boros tetapi berbelanjalah pada yang perlu. Alhamdulillah hari ini kita telah dengar rakyat mula merancang perbelanjaan harian berjimat menggunakan tenaga elektrik,tinggalkan gaya hidup mewah dan membazir serta banyak lagi yang betul," katanya. - (4 Mac 2006).

Soalan rakyat ialah...

Buat semua ni habis berapa juta RM?

Cetak banner 'I love PM' habis berapa juta RM pulak?

Set bekal sekolah yang ada muka laki bini ni berapa juta RM lagi habis?

Angpau raya cina dan 'hadiah' untuk sekolah vernakular kompom la beratus juta RM lingkup...

Mercun Merdeka ni tak membazir ke?! Heh...

Rakyat kena tinggalkan gaya hidup mewah...tapi pemimpin boleh excuse!


Suruh rakyat berjimat...pastu duit rakyat PEMANDU sebat. Kalau Najib nak ajar rakyat berjimat, kerajaan juga kena berjimat, jangan belanja yang bukan-bukan! Sekarang belanja operasi kerajaan lagi tinggi dari belanja pembangunan.

Apa yang gagal difahami Najib dan PEMANDUnya dengan kenaikan harga minyak ialah...there will always be a chain reaction! BR1M pun tak dapat cover kenaikan harga barang bro!

Simple math...

Najib janji untuk naikkan BR1M - katakanlah naik RM200 (minimum) menjadikan jumlahnya RM700.

Maka jangkaan kos bagi BR1M untuk 6.8 juta isi rumah = RM4.76 billion setahun.

Penjimatan kerajaan berdasarkan rasionalisasi subsidi minyak 20sen = RM3.3 billion setahun.

Maknanya lebih jimat jika kerajaan tak bagi BR1M berbanding naikkan harga minyak.

Rasanya rakyat lebih rela tak dapat BR1M daripada terpaksa tanggung kesan kenaikan harga barang rentetan kenaikan harga minyak. Mana lebih baik...bagi pancing ke..ikan?

Tukang bagi nasihat BODOH...yang ikut nasihat pulak BINGAI MELANTUN-LANTUN!!

Realitinya kantung kerajaan sebenarnya dah susut...cuma Najib segan nak mengaku!

No comments:

Post a Comment