siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Monday, October 7, 2013

CKMM

Dipetik dari blog the unspinners


Syok pulak lambung H2O ....7 hujah Jentayu Abaka


Dalam posting ... saja nak lambung H2O, perbincangan agal menarik tapi agak kecewa pihak pro-Hishamuddin kurang menyengat dari segi perbahsan. Manakala pihak anti-Hishamuddin pula agak kurang mengeluarkan buah fikiran tapi lebih bermain-main dan melabel.

Maka kami beri link penuh pada tulisan Jentayu Abaka yang memberi tujuh hujah kenapa Hishamuddin perlu dikekalkan. Secara kesimpulan, ketujuh-tujuh hujahnya adalah berikut:

1. KETURUNANNYA sebagai anak mantan Perdana menteri, cucu salah seorang pengasas dan YDP pertama UMNO, dan cicit MB pertama Johor. Dalam perspektif orang sekarang, mereka agak muak dengan ide kepimpinan menjadi monopoli sesuatu keluarga.

Jika mahu guna hujah sedemikian, boleh kata bahawa keturunan dan pengalaman keluarga zaman berzaman adalah sesuatu kelebihan untuk Hisham berbanding orang lain. Tapi kenapa pula itu fakta nombor 1 bukan kebolehan, kapasiti keupayaan dan lain?.

Apa pula pandangan anda semua?

2. TIDAK TERBUru-BURU dan TENANG dalam tindak tanduknya. Jentayu turut berkata dia terlatih untuk disayangi rakyat tapi ada pula pengkritik Hisham kata dia terlalu 'over' dalam usaha untuk bermesra. Namun begitu, yang penting dia mahu mesra.

Yang timbul dari akuan demikian adalah kenapa dia angkat keris beri amaran untuk menakutkan sekumpulan rakyat yang mempersoalkan isu tertentu ketika dia ketua Pemuda UMNO? Slepas itu, tak pula UMNO bertambah digerunkan tapi sikit-sikit kita mengalah. Itu pandangan ramai. Itu anda kena bincang.

Mungkin baca hujah sepenuh Jentayu kerana kami tak tahu pula Hishammuddin turun di tengah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur dan menjadi "polis trafik" dan membeli barang dapur di supermarket biasa. Hebat dan menarik.

3. PENGALAMAN PAHIT DALAM PARTI ketika parti dicabar dari dalam pada zaman reformasi. Ini adalah satu jasa Hishamuddin yang penulis sendiri perakui.

4. PENGALAM DALAM KERAJAAN pun adalah satu plus point untuk Hishamuddin tapi orang lain pun ada pengalaman yang hampir sama atau berlainan yang mana semua menyumbang kepada perwatakan dan kebolehan seseorang itu.

Malangnya persepsi dibawah berdasarkan hujah-hujah mereka tersendiri menganggap Hishamuddin 'fail' sebagai pemimpin tapi bukan sebagai 'pekerja' menjalankan tugas. Maka ini tanggungjawab penyokong Hishamuddin menjelaskan di Internet dan bukan dengan hujah banyak rahsia.

Rahsia orang tak tahu apa yang diperkatakan dan tak akan yakin dengan hujah cetek sedemkian rupa. Ia juga mengundang persoalan lain yang amna akan ditanya kenapa nak rahsia-rahsia?

Ingat zaman sekarang tak main nafi nafi dan nahi nahi. hujah saja yang menyakinkan.

6. KEBIJAKSANAAN kerana naik bertangga dan tak saiti hati orang. Hairannya ada pihak kata Hisham kini sakit hati orang dengan suruh orang undur dari bertanding dan tentukan sapa layak jadi MT.Wallahu alam ... mungkin versi Hisham lain, tapi pihak yang terlibat rasa tak sedemikian.

Hujah Jentayu agak 'premature' untuk meletakkan kebijaksanaan pada Hishamuddin kerana ianya perlu ada kematangan.

7. KEYAKINAN dari pemimpin tertinggi. Dah berada di jawatan tertentu dan wakil rakyat serta tak ramai berpelajaran dan pengalaman sepertinya, tak harian diberi keyakinan untuk jawatan Menteri. Hujah biasa saja.

TAKDIR TUHAN ....? Apa perlu kaitkan urusan manusia dengan tuhan? Kita berusaha dan tuhan tetapkan tapi jaga pula kudrat dan takdir tuhan dijadikan hujah.

Adakah langsung takdir prestasi di masa lepas maka jadi satu ketetapan untuk seterusnya? Apa kata kita hujah pula takdir tuhan dia kini dirasakan tidak lagi diterima akarumbi dan perlu kalah? Malah boleh dipanjangkan hujah sebagai Imam perlu undur bila jemaah tak terima.

Kalau Hisham berundur dan tidak diterima perwakilan masa ini, adakah Hisham boleh terima hakikat perlu 'cooling off' dan mengenali diri sebelum kembali mencuba lagi. Ini hanya satu ujian buat sesiapa pemimpin, kenapa perlu gabra???

Dengan kecekalan dan ketenangan, ini akan membautnya lebih bijak dan matang. Tanpa lulus ujian seorang tak layak jadi pemimpin.

Sementara hisham tak henti menggunakan apa saja kelebihan untuk dirinya, Mukhriz sedia korbankan kempen untuk fokus terhadap PRK Sg Limau. Tak bolehkah Hisham berkorban? 

Saja nak bakar kerana mahu lihat perbicangan dan hujah yang lojikal, bernas dan matang. Enjut enjut semut, Hujah baik patut naik atas ....

Tapi bincang dan komen di SINI 

No comments:

Post a Comment