Bolehkah Wanita jadi tulang belakang dan kekal berkesan bawah kepimpinan baru?
Husin Lempoyang di SINI berseloka menganai cabaran Wanita yang masih tidak sedia menerima kepimppinan berasaskan gandiingan tua-muda dalam berhadapan profil pengundi yang bakal terdiri dari kumpulan muda yang majoriti jauh lebih muda.
Agak susah untuk Makcik-Makcik ini "menggoda" undi dari pengundi muda.
Selain itu, ada pula pihak berkata pilihan perwakilan yang jelas mahu mengekalkan Dato Shahrizat Jalil sebagai Ketua Wanita memberi gambaran mereka tidak mempedulikan permainan persepsi pembangkang dan pandangan awam terhadap Ketua Wanita terpilih.
Skandal NFC diterima sebagai hanya melibatkan suaminya. Manakala skandal 1Azam belum boleh dipersalahkan kepada Shahrizat kerana ianya ketrisian di pihak pengurusan harian yang dijalankan oleh pegawai kerajaan.
Jika demikian pandangannya, jawapan balas adalah pihak media dan propaganda UMNO perlu lebih berkesan dari sekarang.
Dimasa lepas, kita lambat sangat nak jawab dan adakala para Menteri tidak peduli akan persepsi rakyat terhadap kerajaan dalam menjalankan kerja dan membuat keputusa. Isu pembelian Scorpene submarine tergantung lama tanpa jawapan dan jawapan balas hingga dari 2007, baru 2013 keluar satu jawapan yang mantap.
Pergerakan Wanita penting sebagai tulang belakang kempen walaupun masih belum diterima sebagai tulang belakang parti Calun pilihanraya wanita tidak cukup ramai, setiausaha/pegawai khas menteri masih lebih pada lelaki.
Sesuatu perlu dilakukan untuk kekalkan kekuatan dan keberkesanan mereka disampaing menguatkan morale pergerakan.
Oleh itu, mari kita bincang....
Adakah boleh Wanita menjadi tulang belakang UMNO (yang mana peranan bukan hanya berkempen tapi juga dari segi kepimpinan parti atau kepimpinan kerajaan) di bawah kepimpinan baru Wanita?
Juga, bolehkah Wanita kekal efektif atau dibaiki keberkesanan untuk hadapi pengundi lebih muda dengan imej "makcik" dan tua?
Suatu yang perlu dibincang da fikir bersama.
No comments:
Post a Comment