siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Thursday, October 17, 2013

Tolong Baca

Dipetik dari blog Paneh Miang


Apa Hisham nak cakap sebenarnya?

Komen sey dalam tulisan merah berdasarkan laporan berita berikut;

14 Okt: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa kemenangan dua pemimpin sayap parti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, bukan penentu kemenangannya. (Apasal plak ekau nak kaitkan kemenangan KJ dan Kak Ijat dengan jawatan yang kau tanding pulak? Melainkan ekau memang sengajo nak bagi hint kat perwakilan?)

Katanya, kemenangannya bergantung di tangan 150,000 perwakilan dan apa yang dimainkan dalam blog atau forum mengenai dirinya bukanlah pandangan benar.(Memanglah, sobab perwakilan UMNO tak baco blog dan fesbuk. Yang rajin baco blog ialah rakyat marhaen yang bukan pun ahli UMNO, tetapi sangat prihatin dengan nasib bangsanya. Perwakilan UMNO apa peduli media maya ni semua, yang penting masyuk...dapek main golf kat Mines...calon MT belanjo. Jadi apo ado hal.)

"Saya ingin tegaskan kemenangan saya bukan kerana sayap tetapi kerana tuan, ia bersandarkan kepada isu, kepimpinan, ujian dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan pemimpin Umno negeri Pulau Pinang di sini hari ini. (Ekau ni den tau memang penyayang orangnya Hisham. Jadi sobab tu kau tak sesuai dok di KDN dan Kementerian Pertahanan. Patutnya menteri yang duduk di duo kementerian tu kono hati kering, jiwa kental, berani buek keputusan dalam keadaan tekanan, tenang menghadapi krisis, berfikiran pantas dan luas. Jadi kalo kau nak koba yang ekau punya pengalaman, rasonyo pengalaman ekau tu sesuai untuk ekau pegang jawatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Atau ekau jago Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sobab kau suko pakai nick H20, itupun belum tontu kau competent. Kementerian lain sumo kau memang tak layak.)

"Ini kerana pada pemilihan Umno 2008, seramai lapan orang bertanding dimana mereka (blogger) kata saya tiada peluang dan kalah pada kedudukan nombor lapan tetapi saya dapat nombor dua," katanya. (Kok spesis tabur duit, nombor satu pun kau boleh dapat Hisham oii. Tapi kau kena ingat Hisham, maso 2008 tu lebih ramai blogger pro pembangkang berbanding pro BN. Sekarang blogger pro BN sudah setara dengan blogger pembangkang. Dan yang buek ramalan hari ini adalah blogger pro BN sendiri dan bukan blogger pembangkang macam dulu. Tapi kau jangan risau la Hisham sobab den dah koba yang perwakilan UMNO mano baco blog. Twitter ngan fesbuk dorang pun pakai balaci untuk update. So tak payah la kau nak meraban bonar doh.)

Ditanya keyakinannya untuk mempertahankan jawatannya, Hishammuddin berkata beliau mahu perwakilan membuat keputusan bersandarkan kebenaran dan keadilan ke atas dirinya. (Kebenaran dan keadilan yang dilihat oleh rakyat marhaen yang bukan ahli UMNO ialah, ekau memang spesis pengecut, terlalu berhati-hati dalam tindakan demi menyelamatkan tengkuk sendiri dan teragak-agak dalam membuat keputusan hingga pembangkang amik kesempatan, Islam dipermainkan, Melayu serta Raja dihina sesuka hati dan kemuncaknya anggota keselamatan kita dibunuh pengganas dengan kejam masa kau jadi teraju KDN. Itu indikator yang digunakan rakyat untuk menilai yang kau memang tak layak langsung diangkat sebagai pemimpin.)




Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan itu berkata anggota Umno perlu memilih barisan kepimpinan parti berdasarkan kewibawaan, pengalaman serta kepimpinan pemimpin yang sudah teruji. (Apalah kepimpinan kau yang teruji bonar tu agaknya. Adakah kepimpinan kau teruji masa kau pangku jawatan Ketua Pemuda dalam krisis 1998/99? Atau pengalaman kau teruji maso kau kato tentera Sulu yang menceroboh Sabah tu bukan pengganas? Atau kewibawaan kau terserlah maso pembangkang buat siri besar-besaran demo Bersih hingga merosakkan banyak harta benda awam termasuk mencederakan anggota polis? Atau kau nak cakap pengalaman kau yang banyak guna teropong sambil melihat krisis berbanding kau sendiri bertindak di barisan hadapan? Hisham...hisham...kau ingat rakyat semua buta macam UMNO Sembrong ke?)

"Pemilihan dalam Umno amat penting. Pemilihan dalam kita menentukan anggota majlis tertinggi, barisan naib presiden mestilah selari dengan kehendak mereka yang sudah lalui pahit getir kepimpinan Umno dan negara," katanya. (Selari dengan kehendak siapa? Kehendak sepupu kau Presiden UMNO tu ke? Atau kehendak kau sendiri? Atau UMNO Sembrong? Atau istana Pahang? Mano satu ni Hisham? Jangan cakap belit-belit.)

Beliau turut mengingatkan para perwakilan agar mengetepikan soal emosi ketika mengundi. (Tiada siapa guna emosi ketika mengundi. Perwakilan UMNO akan gunakan akal yang waras dan rasional bersandarkan penilaian selamo 5 tahun sejak 2009 ekau duduk di kerusi Naib Presiden UMNO dan pegang jawatan menteri kanan dalam kabinet sepupu sendiri. Perwakilan UMNO pun tak semuanya pendek akal kot!)

"Saya berharap para perwakilan akan mengundi pemimpin yang boleh bekerjasama dengan pucuk kepimpinan untuk memastikan parti akan kekal relevan," katanya. (Apa yang kau nak cakap sebenarnya Hisham? Adakah kau nak cakap yang Mukhriz, Ali dan Isa tak boleh nak bekerjasama dengan pucuk pimpinan UMNO? Sebab mereka bukan sepupu Presiden macam kau makanya mereka tak layak? Tak boleh jadi team player? Huh...tahap fikir sepupu Presiden UMNO lagu ni ka?) – Bernama.

p/s: Adokah Najib suruh KJ bantu Hisham? Dan KJ pulak suruh mak dio bocakap di NSTmelalui 'Regina The Beloved Press Sec' untuk hantam Mukhriz supayo Hisham kokal jawatan Naib Presiden? Ketua Pemuda UMNO dah gileberal ko sampai bawak omak sendiri pegi kempen? Tun Dol dah bangun tido blum? Kalo belum boleh la KJ kejut Pak Mertua dia sekali untuk kempen sokong Hisham. Apo nak jadi la dengan UMNO sekarang ni? Dah sampai tahap bebalisme ke sumo orang UMNO? Tak paham tul den!!

No comments:

Post a Comment