PAK MENTERI MANA PULA YANG BAKAL TERSUNGKUR HASIL PENDEDAHAN LAPURAN KETUA AUDIT NEGARA
Dal Shabet di antar kumpulan yang dibayar RM1.6 juta konon dapat sponsor. |
Bagaimana hendak menjawab pembelian 20 jam dinding berjenama dengan harga RM3,810 satu unit padahal ia boleh dibeli dengan harga RM100 sahaja. Harganya melambong 38 kali ganda. Siapa yang kena kapak?
Bagaimana hendak menjawab pembelian scanner size A4 dengan harga RM14,670 seunit padahal ia boleh dibeli dengan harga RM200 sahaja setiap satu?. Harganya melambong 38 kali ganda. Siap yang kena kapak?
Bagaimana hendak menjawab apabila Pegawai Kanan membuat 813 tuntutan berjumlah RM803,813 untuk lawatan sambil belajar selama 4 hari ke Geneva, Switzerland. Perjalanan yang sungguh mewah dengan pernerbangan kelas pertama, hotel bertaraf istana, wine & dine, belanja pakaian baju sejuk bulu beruang dan seluar dalam bulu kambing. Tidak masuk logik akal mewahnya pegawai ini berjoli sambil belajar di Geneva. Apa ilmu yang dibelajar selama 4 hari itu sukar difikir.
Bagaimana hendak menjawab perbelanjaan yang dibuat sebanyak RM1.6 juta dibayar kepada tiga kumpulan K-Pop Korea, U-Kiss, Teen-Pop dan Dal Shabet dengan tarian terkangkang terkoyak, paha gebu putih melepak dihidangkan kepada belia negara ini sebagai ‘crowd puller’ di hari Hari Belia Negara konon untuk menawan pengundi muda dalam PRU yang lepas. Janjinya peringkat awal ada sponsor tetapi itu semua hanya ‘selling gimmick’ Stadium First Sdn Bhd promoter kumpulan tersebut.
Ini hanyalah secebis penyelewengan dari ratusan lagi penyelewengan yang mana hampir wujud setiap kali dilapurkan dalam lapuran Audit Negara. Wang rakyat dibazirkan, pentadbir tidak beretika, Pak Menteri tidak 'hand's on', mereka yang bersubahat membuat onar sudah pencen dan akhirnya integriti kerajaan dipersoalkan. Rakyat disuruh berjimat cermat. Harga minyak dinaikan dan subsidi ditarik. Semuanya sukar dijawab.
Rakyat sedang menunggu Pak Menteri mana pula yang akan tersungkur kali ini hasil dari pendedahan Audit Negara ini.
No comments:
Post a Comment