Kenapa Shafie Apdhal Jadi Mangsa?
Kebangkitan pemimpin Sabah yang berjaya mengisi barisan kepimpinan diperingkat sayap pada sabtu lalu terutama didalam Pergerakan Wanita dan Pemuda merupakan satu manifestasi penerimaan ahli UMNO terhadap pemimpin kelahiran negeri bawah bayu tersebut.
Wanita terutamanya telah berjaya mengangkat Dato Azizah Mohd Dun sebagai Naib Ketuanya sementara Datuk Armani Mahirudin, Datuk Rosnah Rashid Shirlin dan Dato Jenab Ahmad berjaya membarisi barisan EXCO Pergerakan tersebut.
Pergerakan Pemuda juga dilihat senada dengan mengangkat Bahrul Rahza Chuprat sebagai Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda dan juga Khairul Firdaus Akhbar Khan sebagai EXCO sementara Jamawi Jaafar terpaksa menanti keputusan JPU esok sama ada berjaya didalam pertarungannya merebut jawatan kedua terpenting Pemuda bagi membantu Khairi dalam mengemudi Pergerakan tersebut.
Setelah apa yang berlaku di peringkat sayap, kini timbul la teori baru yang sedang hangat dinyanyikan oleh para agent bahawa Wanita Sabah dah ada Naib, Pemuda Sabah dah ada Naib maka Naib Presiden cukup la bagi Sabah. Dengan lain perkataan usaha Shafie dalam mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden perlu digagalkan. Shafie perlu di nyahkan dari kerusi Naib Presiden.
Kalau diperingkat sayap memperlihatkan kematangan dengan menerima pemimpin Sabah yang telah berjaya mempertahankan negeri tersebut kekal sebagai fix deposit kepada BN dalam PRU yang lalu tapi lain nampaknya angin yang cuba ditiup di peringkat Majlis Tertinggi terutama diperingkat Naib Presiden.
Dilihat usaha mengiktiraf kepimpinan Sabah cuba dinafikan oleh mereka yang begitu terdesak untuk melihat calon calon Sabah tertinggal bas dalam pemilihan Sabtu ini. Apa yang lebih malang usaha ini digerakkan oleh mereka yang berasal dari negeri Sabah sendiri.
Diharap ahli UMNO terus berjaya mengekalkan kebijaksanaan dalam menilai dan memilih pemimpin. Memilih pemipin bukan kerana kita tidak suka atau membenci seseorang pemimpin, lebih lagi kalau kita hanya sekadar mendengar fitnah dan adu dumba yang sedang dimainkan oleh burung burung kakak tua.
Memilih pemimpin perlu ada asasnya. Asas seseorang pemimpin boleh kita nilai dengan hasil kerja yang beliau lakukan selama ini. Punya treck record dan bukan pemimpin mee segera yang dicipta dan tercipta kerana wujudnya konflik dan berpolemik. Pemimpin payung terjun. Pemimpin begini tidak tercabar dan tidak terbukti semangat juangnya. Jenis ini banyak di pasar Philippiness di KK.
Takkan la kerana pengiktirafan diperingkat sayap maka kita terpaksa menolak seorang lagi pemimpin berjasa ini. Apakah sudah tidak ada lagi asas lain dalam kita menilai seseorang pemimpin. Kalau begini la cara kita memilih pemimpin maka rosakklah parti kerana penilaian gagal dibuat dengan wajar dan benar. Kalau begini tak perlu tunggu PRU14, sekarang pun dah rosak cara orang kita berpolitik.
Berpijak dibumi nyatalah..! Jangan terbuai dengan nyanyian para tukang karut yang sebok melaksanakan tugas busuk mereka. Bagi mereka UMNO tiada nilainya. Bagi mereka ini wang adalah segala gala. Selagi kerja mereka disogok dengan duit maka menyanyilah mereka seadanya. Musim menuai la katakan.
Namun bila selesai musim pemilihan ini nanti, para tukang karut ini juga la yang akan datang menghurung ke pejabat pejabat Menteri untuk mendapatkan laba dan meneruskan hidup. Tukang karut ini tetap bernyawa sama ada Menteri itu datang dari BN atau sebaliknya. Itu sebab mereka segar bugar di Penang dan Selangor sejak PRU 12 yang lalu. Pendek kata mereka tetap hidup..!
Tapi kita ahli UMNO yang setia pasti akan menderita jika tersalah memilih pemimpin kerana kesannya jauh lebih besar dari laba yang tukang karut ini hirup. Jangan digadai masa depan hanya kerana asyik dengan nyanyian para pengadu domba. Cukup la kita merelakannya. Tepuk dada tanya iman..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
No comments:
Post a Comment