siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Friday, January 24, 2014

Enakmen Syariah Tetap Teratas

Dipetik dari blog Din turtle.

KJ - Pendirian Pusat - 10 Point Solution Tidak Boleh Mendahului Enakmen Syariah

Friday, January 24, 20140 comments


Sudah 2 minggu berlalu sejak kabinet bermesyuarat dan memutuskan agar hanya satu suara saja yang akan bercakap tentang kalimah Allah, iaitu PM Najib. ( Themalaymail 9/1 )

"We have all decided that only one voice (Najib) will speak"

Tunggu punya tunggu punya tunggu.... takde juga Najib bersuara .... alih2 Ketua Pemuda Umno Khairy pula yang bercakap BAGI PIHAK Najib .... hmmmmm... KJ pula menjadi ONE VOICE CABINET (!).

"Posisi kita jelas bahawa Penyelesaian 10 Perkara itu kekal.

"Malah menteri besar Selangor sendiri mengakui Penyelesaian 10 Perkaraitu adalah penyelesaian terbaik apabila merujuk JAIS kepada sepuluh perkara itu," 

"Sebab itu kita perlu faham ia adalah serbuan yang dilakukan oleh agensi negeri. Untuk membolehkan sebarang perbincangan dilakukan, mereka (Selangor) perlu menyelesaikannya di peringkat negeri dahulu,"


 "Tentulah 10 perkara itu tidak boleh mendahului undang-undang negeri. - Mkini.


Dari TMI pula -

“Kurang komen isu ini lebih baik. Sudah tentu kerajaan persekutuan komited kepada penyelesaian 10 perkara dan perkara itu jelas.

“Apabila berkata tentang enakmen, ia sepenuhnya di bawah pertimbangan kerajaan negeri,” 

“Dalam kes BSM, serbuan dijalankan oleh pihak berkuasa agama negeri maka penyelesaian 10 perkara tidak boleh menggantikan enakmen negeri,” 


Pendirian yang dinyatakan oleh KJ ini adalah SAMA dengan kenyataan beliau sebelum ini sewaktu diwawancara dalam rancangan Soal Jawab TV3 pada 8 Januari lalu. ( KLiK )


Kenapa bukan PM Najib yang cakap ? Bukankah itu yang telah diputuskan oleh kabinet ? Najib takut ?  Alahai ... makin hilanglah respek kat Najib kalau macam ni ....

Adakah kita boleh ambil kenyataan KJ ini sebagai PENDIRIAN KERAJAAN dalam isu 10 Point / Kalimah Allah / alKitab ? Bahawa 10 Point itu KEKAL tapi TIDAK BOLEH mendahului Enakmen Syariah ?


BAGUS ! Selama ini saya bising pun sebab nak dapatkan kepastian itu. Benda macam ni pun Najib tak boleh nak cakap sendiri ....Susah ke ?

Pastinya pihak gereja akan bantah tapi itu mereka boleh bawa berbincang dengan Najib. Saya tidak hairan kalau pihak gereja bising sebab sememangnya antara 10 Point dengan Enakmen Syariah terdapat percanggahan / kekeliruan. Ada saya bincangkan di sini - KLiK

Dengan pendirian kabinet (?) sepertimana yang dikatakan oleh KJ, ini bermakna Putrajaya sokong tindakan Jais yang merampas alKitab kerana Jais bertindak atas kuasa Enakmen Syariah. 

“Dalam kes BSM, serbuan dijalankan oleh pihak berkuasa agama negeri maka penyelesaian 10 perkara tidak boleh menggantikan enakmen negeri,”  


Jadi Jais TIDAK PERLU memulangkan alKitab yang telah dirampas, tidak perlu minta maaf malah Jais boleh bawa Persatuan Bible Malaysia ke muka pengadilan kerana telah melanggar Enakmen Syariah.


                                            *********************************

Najib pula saya cadangkan tambah satu lagi point supaya menjadikannya 11 Point Solution supaya dapat mengelakkan sebarang kekeliruan dalam menafsirnya iaitu -

11 - Walaubagaimanapun, 10 perkara yang disebut di atas adalah tertakluk kepada Enakmen Syariah setiap negeri.

Point2 yang menyebut alKitab dalam apajua bahasa boleh diimport dan dicetak didalam negara TIDAK BOLEH mengandungi kalimah2 yang dilarang oleh Enakmen Syariah jika melibatkan negeri2 yang mempunyai Enakmen tersebut dan ini tidak terhad kepada kalimah Allah sahaja. ( KLiK)

Ada 25 perkataan yang dilarang digunakan bagi maksud seksyen 9(1) dan perkataan-perkataan ini adalah seperti berikut: 

Allah, Illahi, Firman Allah, Wahyu, Rasul, Iman, Fatwa, Imam, Ulama, Mubaligh, Dakwah, Nabi, Hadith, Syariah, Injil, Sheikh, Ibadah, Qiblat, Salat, Kaabah, Haj, Khalifah, Kadi, Mufti, Wali.


Ada 10 perkataan yang dilarang digunakan bagi maksud seksyen 9(2) dan perkataan itu adalah seperti berikut:

Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilham, Allahu Akbar, Insyallah, Astaghfirullahal Azim, Tabaraka Allah, Masyaallah, Lahaula Walaquata Illabillahilaliyil Azim.


TERIMAKASIH KJ kerana tampil menyatakan pendirian kerajaan pusat dalam isu ini.

No comments:

Post a Comment