Najib Dah Jawab ! YESSSSS !
Friday, January 17, 20140 comments
Najib dah jawab ! begitulah bunyi mesej yang saya terima dari rakan pagi tadi.
YES ! Akhirnya ...... berdebar juga nak baca sebab memikirkan implikasi jawapan beliau yang begitu besar kepada negara. Punyalah lama menunggu .... tapi takperlah, sekurang2nya datang juga keberanian pada Najib untuk berdepan dengan masalah negara.
Punyalah saya surf paper2 dalam internet ..... tak jumpa pun ! Rupanya Najib jawab isu KANGKUNG ! Ceh ..... mati2 saya ingat Najib nak perjelaskan isu 10 Point @ alKitab @ Kalimah Allah....
Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan 'kangkung' sebagai penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang kerana ia sekadar contoh barangan yang digunakan ramai orang.
"Saya suka makan kangkung,anda semua suka makan kangkung...(sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan.
Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh,orang tertentu sahaja makan.
Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu 'kangkung' yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang sambil menambah bahawa perkara itu tidak patut dipermainkan.
Tak payah jawab pun takper isu Kangkung. Sebab isunya seperti yang saya katakan sebelum ini ( KLiK ), rakyat FAHAM tapi SENGAJA nak mempersendakan beliau.
Jawapan yang disebut Najib itu pun dah diberikan oleh bloggers yang cuba mempertahankan beliau sebelum ini. Bukan info baru. Dah la lambat jawab, jawapan pula dah basi ..... jadi saya tak nampak impaknya melainkan mengingatkan rakyat kembali isu Kangkung yang dah semakin dilupakan.
Penjelasan yang lambat dan terlewat ini sudah tidak memberi apa-apa makna lagi dalam memperbaiki kerosakan persepsi yang telah pun berlaku. Semuanya sudah terlambat dan tidak berguna lagi.
Rupa-rupanya tidaklah boleh dipersalahkan seratus-peratus jentera maya, pegawai di JPM, para pemimpin UMNO yang tidak bangun membela Najib atau sesiapa saja kerana Najib sendiri pun begitu lambat bertindak balas mengenainya. Lebih-lebih lagi jentera maya pro UMNO juga sedang menghadapi krisis sekarang ini berikutan kemarahan sebahagian daripadanya yang merasakan mereka tidak lagi dipedulikan oleh sejak berakhirnya PRU 13 lalu.
Kalau sudah Najib sendiri mempamerkan dirinya sebagai pemimpin yang begitu lambat dan perlahan, orang dibawahnya tentulah jauh lebih lembab lagi. ( Shahbudindotcom )
PS - Yang rakyat tunggu sekarang adalah kenyataan / penjelasan dari Najib mengenai 10 Point Solution dan kaitannya dengan alKitab dan Kalimah Allah.

No comments:
Post a Comment