siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Saturday, November 14, 2015

7 Atau Lebih Atau Hanya 3 Orang?


Semalam Kunan kata,

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku  Mansor hari ini menimbulkan teka-teki sama ada hanya tujuh pemimpin Umno sedang disiasat atau lebih sekarang kerana didakwa mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengkritik parti.

Beliau yang ditemui pemberita selepas sambutan Hari Inovasi Kementerian Wilayah Persekutuan Bersama Agensi Tahun 2015 di sini berkata, mesyuarat mengenai perkara itu sudah diadakan.

"Siapa kata tujuh? Mungkin lebih...saya tidak tahu," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan siasatan terhadap tujuh pemimpin Umno yang didakwa mengkritik parti secara terbuka.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sekretariat kumpul bukti 7 ahli langgar disiplin]

Tengku Adnan sebelum ini dilaporkan berkata tujuh pemimpin Umno sedang disiasat  berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti dan mungkin berdepan tindakan digantung parti dan digugurkan daripada jawatan.

Diminta mengulas lanjut mengenai jumlah pemimpin Umno yang disiasat pada masa ini beliau menjawab: "Dulu saya cakap tujuh, barangkali lebih. Saya tak tahu. Tunggu sajalah."

Laporan media sebelum ini turut menyebut jawatankuasa yang dilantik sedang menyiasat perkara itu dan keputusannya akan dibentangkan pada Majlis Presiden Umno sebelum dibawa ke Jawatankuasa Disiplin Umno. - Bernama

Bukan senang sebenarnya nak gantung atau pecat keahlian parti jika tidak benar benar melakukan kesalahan yang membenarkan tindakan diambil.

Sehingga berita ini dikeluarkan pun seakan belum ada keputusan muktamad dipihak ibu pejabat UMNO. Menurut sumber dalaman, pihak Ibu pejabat sendiri berbelah bagi untuk mengambil tindakan drastik. Pihak ibu pejabat diberitakan lebih mengutamakan keutuhan dan perpaduan parti. Apakah menggantung atau memecat akan menambah kekuatan parti? tanya sumber berkenaan.

Dikhabarkan juga ada tangan hitam yang sedang serius memainkan peranan agar Mahathir dipecat dan Muhyiddin digantung. Pemecatan Mahathir akan menyebabkan beliau hilang kelayakan untuk hadir waima sebagai pemerhati dan jemputan sekaligus menafikan 'aura' yang mungkin bangkit dengan kahadiran negarawan tersebut didalam PAU yang akan berlangsung DIsember depan.

Menggantung Muhyiddin perlu bagi menafikan hak beliau untuk merasmikan sayap. Kesalahan besar Muhyiddin apabila beliau berjaya membawa haluan perwakilan sayap dan majoriti perwakilan PAU untuk mempertahankan AKTA Hasutan tahun lalu. Ini kesalahan Muhyiddin yang memaksa Najib 'menuruti kehendak' Muhyiddin apabila majoriti perwakilan dan ahli UMNO bangkit bersatu mempertahankan AKTA Hasutan. Tambah sumber tersebut.

Membenarkan Muhyiddin merasmikan sayap hanya akan 'mengeruh dan menyempit ruang' Najib untuk melangkah. Ini bahaya dan tidak akan dibenarkan. 

Katanya yang seakan pasti akan diambil tindakan hanya Tun M, Muhyiddin dan Midah. Yang lain masih lagi berstatus reserved.

Mungkin ke?

No comments:

Post a Comment