siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Saturday, November 7, 2015

Menteri Setuju Debat Arul ~ Rafizi


Siapa jantan?

Arul? Rafizi? atau Menteri?

Menteri Umno, Datuk Ahmad Shabery Cheek mahu Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy menerima cabaran berdebat dengan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang dipilih untuk menggantikan anggota jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua berhubung firma negara yang sarat hutang itu.
Katanya, beliau percaya bahawa 1MDB tidak mempunyai apa-apa untuk digentarkan dan mampu menjawap sebarang tohmahan.
“Saya percaya, Arul Kanda mempunyai kemampuan untuk mengendalikannya, ertinya di pihak 1MDB, mereka tidak ada apa untuk digentarkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pengurusan bantuan bencana banjir dan jerebu di Kuala Lumpur hari ini.
Diminta mengulas lanjut adakah debat itu perlu diteruskan walaupun pembangkang tidak lagi meletakkan Pua sebagai calon, Ahmad Shabery berkata, debat itu adalah harus.
Beliau juga membidas Pua yang juga adalah ahli parlimen Petaling Jaya Utara kerana mengeluarkan cabaran itu.
“Dulu Pua nak sangat, sekarang kenapa serah kepada orang lain? soalanya.
Pua minggu lalu menawarkan dirinya untuk berdebat secara langsung dengan Arul Kanda bagi membahaskan isul 1MDB, tetapi Arul Kanda kemudiannya berkata beliau hanya akan menerima cabaran itu jika pemimpin DAP itu meletakkan jawatan sebagai ahli PAC.
Walau bagaimanapun, presiden 1MDB itu menarik balik syaratnya dan bersetuju untuk debat secara langsung.
Berikutan itu, Pandikar mengarahkan Pua sama ada berundur dari PAC atau menarik diri daripada siasatan jawatankuasa itu ke atas 1MDB jika mahu berdebat dengan Arul Kanda.
Berikutan itu, Pakatan Harapan hari ini mengumumkan bahawa Rafizi akan menggantikan Pua dalam perbahasan.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery yakin Arul Kanda mampu berdepan dengan calon baru itu.
“Saya rasa boleh diteruskan menunjukkan selama ini perkara ditohmahkan tidak semua apa yang digempar-gempurkan?” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment