siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Friday, November 6, 2015

SPRM tetap siasat SRC


SPRM Tetap Teruskan Siasatan Membabitkan SRC International


MERUJUK kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh SRC International Sdn Bhd hari ini, bertarikh 5 November 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa SPRM menyiasat kes SRC International berlandaskan undang-undang yang telah digubal oleh Parlimen.
 
Oleh itu, siasatan SPRM ke atas SRC International tetap akan diteruskan walaupun terdapat siasatan yang khusus berkaitan dengan isu kebocoran maklumat yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini. Isu kebocoran maklumat tiada kaitan dengan siasatan ke atas SRC International. Isu kebocoran maklumat adalah perkara yang berbeza.
 
Sesungguhnya siasatan SPRM tidak boleh diganggu atau ditangguhkan atas alasan perlu menunggu sehingga siasatan yang berkaitan dengan kebocoran maklumat yang dilaporkan sebelum ini selesai terlebih dahulu. Terpulang kepada SRC International jika pihaknya mahu membuat laporan polis agar menyiasat isu kebocoran maklumat dimaksudkan.
 
SPRM hanya bertindak mengikut lunas undang-undang dan tidak mahu ada sebarang gangguan yang boleh melewat dan menjejaskan siasatan SPRM.
 
Kenyataan SRC International berkaitan perkara ini sekiranya benar, ia seolah-olah pihak berkenaan tidak mahu SPRM menjalankan siasatan terhadap SRC International. Mengikut Akta SPRM 2009, mana-mana pihak yang menghalang siasatan SPRM boleh diambil tindakan di bawah Akta SPRM 2009.
 
 
DATO' AZAM BAKI
PENGARAH SIASATAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
 
 5 NOVEMBER 2015

Baca di Din Turtle..

SRC DiTempelak SPRM Lagi ! ( Macam Nak Ulang Episod AG vs Bank Negara jer .... )

Thursday, November 5, 201520comments


Ingat lagi pada 22 Oktober lalu SRC memecah kesunyian dengan mengeluarkan kenyataan kononnya diagram yang dipaparkan oleh WSJ mengenai transaksi dana yang dimasukkan ke dalam akaun Najib telah disahkan oleh SPRM sebagai palsu ( KLiK ) ? Kemudian pihak SPRM segera keluarkan kenyataan yang menafikan ada berkata begitu dan beri amaran kepada SRC supaya jangan kaitkan nama SPRM .... 

Hari ini SRC sekali lagi buat hal dengan satu lagi kenyataan dengan menimbulkan isu kebocoran maklumat serta meminta pihak Peguam Negara supaya siasat perkara itu, diakhiri dengan satu ayat akhir yang bernada bodoh sombong -

"Setelah selesai penyiasatan oleh Peguam Negara, kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan SPRM atau mana-mana pihak berkuasa lain bagi sebarang pertanyaan,"

Mkini

Cuba baca balik ayat di atas ...... setelah selesai siasatan oleh AG, baru SRC akan beri kerjasama kepada SPRM pula .......

Peeeergh ..... SRC siap beri arahan pula kepada SPRM, bila SPRM boleh teruskan siasatan !  Kalau selepas AG selesai siasat dan KATAKANLAH AG keluarkan kenyataan macam ketika AG membebaskan 1MDB dari pertuduhan Bank Negara, contohnya - Pihak AG dah siasat dan kami dapati tidak ada bukti untuk mendakwa SRC bla bla bla .....  apa agaknya reaksi pihak SRC dan mereka yang pro Najib ? 

Pastinya mereka akan desak SPRM tutup saja kes SRC ! 

Well, sekali lagi SPRM segera mengeluarkan kenyataan balas petang tadi  -

SPRM Tetap Teruskan Siasatan Membabitkan SRC International


MERUJUK kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh SRC International Sdn Bhd hari ini, bertarikh 5 November 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa SPRM menyiasat kes SRC International berlandaskan undang-undang yang telah digubal oleh Parlimen.
 
Oleh itu, siasatan SPRM ke atas SRC International tetap akan diteruskan walaupun terdapat siasatan yang khusus berkaitan dengan isu kebocoran maklumat yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini. Isu kebocoran maklumat tiada kaitan dengan siasatan ke atas SRC International. Isu kebocoran maklumat adalah perkara yang berbeza.
 
Sesungguhnya siasatan SPRM tidak boleh diganggu atau ditangguhkan atas alasan perlu menunggu sehingga siasatan yang berkaitan dengan kebocoran maklumat yang dilaporkan sebelum ini selesai terlebih dahulu. Terpulang kepada SRC International jika pihaknya mahu membuat laporan polis agar menyiasat isu kebocoran maklumat dimaksudkan.
 
SPRM hanya bertindak mengikut lunas undang-undang dan tidak mahu ada sebarang gangguan yang boleh melewat dan menjejaskan siasatan SPRM.
 
Kenyataan SRC International berkaitan perkara ini sekiranya benar, ia seolah-olah pihak berkenaan tidak mahu SPRM menjalankan siasatan terhadap SRC International. Mengikut Akta SPRM 2009, mana-mana pihak yang menghalang siasatan SPRM boleh diambil tindakan di bawah Akta SPRM 2009.
 
 
DATO' AZAM BAKI
PENGARAH SIASATAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
 
 5 NOVEMBER 2015




...   seolah-olah pihak berkenaan tidak mahu SPRM menjalankan siasatan terhadap SRC International


Hehehe ..... bukan begitu lah  Dato' Azam, kenyataan SRC itu seolah2 mahu ikut jejak kes AG dalam melepaskan 1MDB dari pertuduhan Bank Negara la....... 

Oya, masih tidak diberitahu SIAPA yang mengeluarkan kenyataan akhbar bagi pihak SRC.

Alang2 sebut balik kenyataan SRC bulan lepas itu, suka saya peringatkan Najib akan jawapan bertulisnya di Parlimen waktu sama -

"Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari SRC International Sdn Bhd (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin sedang membuat perancangan untuk ditemu ramah oleh SPRM dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,"


Sudah 20 hari berlalu ..... masa terdekat itu berapa hari ? Sudahkah SPRM bertemu Nik Faisal dan Suboh ?




No comments:

Post a Comment