siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Wednesday, November 11, 2015

Samunan Terhenti..!


Dipetik dari celahgelegar.

[BENARKAH KENYATAAN NOW INI?] Pegang 26 Jawatan, Jumlah gaji Pengerusi & Timb. Pengerusi (Pemimpin Wanita UMNO) Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM bersama Keluarga Cecah RM154,700 Sebulan


Pada 9 November 2015 yang lalu National Oversight and Whistleblowers (Now) telah menuntut penjelasan kerajaan berhubung dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapiem) yang didakwanya digunakan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Rompin.

Pengarahnya, Akmal Nasir berkata, pihaknya menanti penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ataupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung dakwaan itu.

"Jika ini benar-benar berlaku, saya percaya umat Islam terutamanya mereka yang menyumbang kepada Yapiem merasa amat kecewa apabila derma yang diamanahkan disalahgunakan," katanya pada sidang media.

Sebelum itu, beliau mendakwa Lembaga Pemegang Amanah Yapiem telah meluluskan pemberian dana sebanyak RM223,000 pada 24 April lalu berkaitan penganjuran sebuah program di Rompin.

"Pembayaran dana dibuat dalam tempoh tiga hari kepada tiga penama namun apa yang menimbulkan kemusykilan besar kesemua sumbangan tersebut akhirnya diserahkan kepada salah seorang ahli lembaga pemegang amanah dalam bentuk tunai.

"Semua serahan wang tunai itu dibuat waktu kempen PRK Rompin sedang berlangsung," katanya.

Menurutnya, jika dakwaan itu benar-benar berlaku, beliau menuntut pihak yang terlibat segera mengaku.

"Kalau berlaku, kita minta mengaku dulu. Jika mengaku, pulang duit dan minta maaf serta meletakkan jawatan. Tiada masalah.

"Tapi sekiranya tidak mengaku dan tiada penjelasan yang munasabah daripada perdana menteri dan menteri di JPM, Now akan terus buat pendedahan," katanya.

Yapiem merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustee (Incorporation) Act 1952.

Ia merupakan institusi berteraskan amal jariah bagi menangani keperluan dan cabaran semasa umat dan negara. -Sinar Harian

Hari ini, NOW mendakwa Presiden & Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM serta keluarga (Wanita UMNO) pegang 26 jawatan bergaji, pendapatan keseluruhan RM154,700 sebulan.
Kenyataan & bukti ‪#‎skandalYaPEIM‬ didedahkan oleh sdr Akmal Nasirsebentar tadi.




Berikut adalah kenyataan sidang media oleh sdr Akmal Nasir beserta bukti-bukti:-
BENARKAH WANG YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YAPEIM) SEBANYAK RM 223,000 DIGUNAKAN OLEH PEMIMPIN WANITA UMNO KETIKA PRK PARLIMEN ROMPIN?
LATAR BELAKANG YaPEIM
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) merupakan sebuah Yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1976 dengan berteraskan kepada konsep amal jariah.
YaPEIM merupakan institusi khas di bawah YAB Perdana Menteri Malaysia dan mendapat perhatian khusus daripada Y.B Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Pendapatan YaPEIM dijana melalui sumbangan orang ramai, pinjaman atau grants daripada Kerajaan Persekutuan dan juga aktiviti penjanaan dana Islam seperti Koperasi Islam dan Ar-Rahnu ini kemudiannya disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Sebagai contoh, mengikut statistik terkini daripada YaPEIM (lampiran A), seramai 588,930 orang rakyat Malaysia telah menyertai Skim Potongan Gaji Bulanan YaPEIM dimana dianggarkan sebanyak RM 65.73 juta setahun yang bakal diperoleh oleh YaPEIM daripada sumbangan derma orang ramai bagi tahun 2015.
LATAR BELAKANG DATUK SITI JELIHA @ ZALEHA BINTI HUSSIN
Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin merupakan Timbalan Presiden dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM.
Beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Negeri Kelantan (1986-2003) dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kubang Kerian (1986-Kini).
Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi penggal 1986-1990 sebelum dilantik sebagai Senator bagi penggal 1993-1999.
Beliau telah menyertai YaPEIM sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah sejak tahun 1993 sehingga kini.
WANG YAPEIM RM 223,000 DIKELUARKAN KETIKA PILIHANRAYA KECIL ROMPIN?
Mengikut dokumen Minit Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM bertarikh 24 April 2015 (lampiran B), Lembaga Pemegang Amanah telah meluluskan pemberian dana sebanyak RM 223,000 berkaitan penganjuran Program Usrah dan Ziarah Daerah Rompin, Pahang.
Pembayaran dana dibuat dalam tempoh tiga hari kepada tiga penama namun apa yang menimbulkan kemusyikilan besar, ke semua sumbangan tersebut akhirnya diserahkan kepada Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Hussin dalam bentuk wang tunai (lampiran C).
Semua serahan wang tunai kepada beliau dibuat ketika waktu kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Rompin sedang berlangsung.
Kronologi:-
22 April 2015 – Hari penamaan calon PRK Rompin
24 April 2015 – Kelulusan Lembaga Pemegang Amanah YaPIEM dengan peruntukan RM 223,000 bagi program di Rompin
27 April 2015 – Cek dikeluarkan atas nama pegawai YaPEIM, Datuk Zaleha tandatangan cek
27 April 2015 – Tunai diserahkan kepada Datuk Zaleha sebanyak RM 43,000 di KLIA
28 April 2015 – Tunai diserahkan kepada Datuk Zaleha sebanyak RM 60,000
30 April 2015 – Tarikh pengundian awal
1 Mei 2015 – Tunai diserahkan kepada Datuk Zaleha sebanyak RM 60,000
2 Mei 2015 – Tunai diserahkan kepada Datuk Zaleha sebanyak RM 60,000
5 Mei 2015 – PRK Parlimen Rompin. Calon Barisan Nasional iaitu Datuk Hasan Arifin diumumkan sebagai pemenang dan Ahli Parlimen yang baharu
PERSOALAN
1. Benarkah YaPEIM menerima sumbangan derma orang ramai termasuk melalui skim potongan gaji bulanan yang sepatutnya disalurkan kepada mereka yang memerlukan sebagai amal jariah?
2. Berdasarkan bukti-bukti yang didedahkan, adakah benar Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Hussin telah menerima RM 223,000 daripada YaPEIM untuk menganjurkan program di Rompin ketika PRK Parlimen Rompin?
3. Jika ia (soalan 2), apakah bentuk program yang telah dijalankan ketika PRK Parlimen Rompin? Apakah bukti program tersebut telah dilaksanakan ketika itu dan siapakah penerima manfaat derma sumbangan ini?
4. Jika tidak, ke manakah perginya RM 223,000?
Saya berharap agar Dato’ Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia atau Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk tampil bagi menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan.
Jika perkara ini benar-benar berlaku, saya percaya umat Islam terutamanya mereka yang menyumbang kepada YaPEIM merasa amat kecewa apabila derma yang diamanahkan disalah gunakan.
Sekiranya tiada penjelasan yang munasabah daripada YAB Perdana Menteri mahupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, National Oversight Whitsleblower (NOW) akan tampil dengan pendedahan berikutnya.
9 NOVEMBER 2015
AKMAL NASIR
Pengarah
National Oversight and Whistleblowers (NOW)

No comments:

Post a Comment