siapa yang kena?

siapa yang kena?
siapa yang kena?

Thursday, November 12, 2015

Dah bertelur?

SPRM mesti soal Najib isu RM2.6 bilion sebelum akhir tahun, kata peguam negara 

The Malaysian Insider baru-baru ini menemubual Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang bercakap mengenai pelbagai isu, daripada pelantikannya ke jawatan itu secara tiba-tiba, kedudukan beliau dalam Umno sebelum ini, hingga kepada isu derma RM2.6 bilion dan Akta Hasutan 1948. Di sini, dalam siri pertama daripada 3 bahagian, peguam negara menyentuh mengenai isu panas yang menjadi tajuk utama berita baru-baru ini.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ada tempoh hingga akhir tahun ini untuk merakamkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan wang RM2.6 bilion yang diterimanya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 11 November, 2015.Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ada tempoh hingga akhir tahun ini untuk merakamkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan wang RM2.6 bilion yang diterimanya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 11 November, 2015.
Peguam negara berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada tempoh hingga akhir tahun ini untuk merakamkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan wang RM2.6 bilion yang diterimanya, sambil menambah siasatan terhadap derma kontroversi itu juga mesti dimuktamadkan sebelum tempoh itu.Apandi berkata, beliau memaklumkan Najib mengenai perkara itu dan perdana menteri (PM) setuju beliau perlu disoal.






















“Lambat laun, sebelum mereka memberi saya failnya, PM mesti beri keterangan,” kata Apandi.
Pada 5 Ogos, SPRM berkata ia akan menyoal Najib berhubung sumbangan derma itu, yang disahkannya datang daripada seorang penderma Timur Tengah.
Tetapi sehingga baru-baru ini iaitu bulan lepas, kerajaan masih belum mengumumkan bila PM akan disoal, dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, SPRM akan memanggil Najib "apabila tiba masanya".
Pengkritik menuduh pihak berkuasa sengaja melengah-lengahkan siasatan, manakala Majlis Raja-raja bulan lalu menggesa kerajaan melengkapkan siasatan berkaitan dengan 1MDB dengan seberapa segera yang mungkin.
Apandi berkata, beliau menyedari kenyataan Raja-raja Melayu itu dan juga kebimbangan orang ramai.
"Serta-merta selepas kenyataan Majlis Raja-raja, pada malam itu sendiri, saya menghantar mesej kepada SPRM, 'Hello, lebih baik anda cepat'.
"Dan kemudian, untuk memastikan mereka mempercepatkan (proses), saya kata, 'selesaikan siasatan pada hujung Oktober'. Itu arahan saya," katanya.
Tetapi, beliau berkata, SPRM kemudiannya memberitahunya, "mustahil" untuk mereka menyiapkannya sebelum hujung Oktober dan meminta tarikh itu ditukar kepada akhir tahun ini.
Apandi berkata, SPRM perlu menyerahkan fail itu kepada beliau pada masa itu, "dengan apa cara sekalipun", kerana beliau sudah memberi mereka masa yang cukup.
Walaupun begitu, Apandi berkata, beliau merasakan siasatan SPRM ke atas kes itu berjalan pada "kadar yang munasabah".
Kes yang melibatkan pergerakan wang dari satu syarikat ke syarikat lain mengambil masa, kerana ia melibatkan pencarian dokumen serta menjejak dan menemubual individu terlibat, yang biasanya senarainya akan bertambah panjang dari masa ke semasa, katanya.
Beliau memetik contoh kes bekas majikan Perwaja Steel Tan Sri Eric Chia Eng Hock, yang akhirnya didakwa melesapkan wang RM76.4 juta pada 2005 selepas "bertahun-tahun" siasatan dijalankan.
Tetapi, beliau mengesahkan SPRM ada kemajuan, dan pegawai sudah mengambil keterangan daripada Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan pengarah Datuk Suboh Mohd Yassin.
Pada Julai, Jabatan Imigresen mengeluarkan larangan perjalanan ke atas Nik Faisal manakala Suboh dilaporkan tidak dapat dikesan.
Bagaimanapun, Apandi berkata, ahli perniagaan Low Taek Jho belum disoal kerana "dia belum lagi masuk dalam cerita ini".
"Jika mana-mana antara mereka mula menyebut nama Jho Low, maka mereka (SPRM) akan memanggil Jho Low," katanya.
Apandi berkata, beliau percaya polis hanya akan mula menyiasat 1MDB selepas Laporan Ketua Audit Negara mengenai firma pelaburan milik negara itu dikeluarkan.
The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai menyiarkan artikel memetik "penyiasat yang tidak dinamakan" mengatakan hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.
1MDB menafikan dakwaan itu, manakala Najib menyangkal ada mengambil sebarang dana negara untuk kepentingan peribadi.
Putrajaya bagaimanapun berkata, ia akan menjawab soalan di Parlimen mengenai sumbangan RM2.6 bilion itu.
"Soalan ini akan dijawab serentak dengan semua soalan lain yang mempunyai makna sama, pada suatu tarikh akan ditetapkan kemudian pada persidangan ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini.
PETIKAN DARIPADA TEMUBUAL
TMI: Agak lama dulu, SPRM berkata dalam satu kenyataan, ia akan memanggil PM bagi menjelaskan sumbangan RM2.6 bilion itu. Mengapa PM tidak dipanggil lagi? Sebagai peguam negara, anda boleh menasihati SPRM dalam hal ini, terutamanya apabila kertas siasatan akan dihantar kepada anda.
APANDI: Dia akan kena juga (bagi penjelasan).
TMI: Jadi, apa yang melengahkannya?
APANDI: Ia seperti Encik A, anda tahu, wang itu masuk ke dalam akaun Encik A, Encik A mesti beritahu, mesti memberi kenyataan. Ia semudah itu. Dan saya beritahu perdana menteri, 'hello tuan, anda mesti beri kenyataan. Satu hari nanti, atau bila-bila'. Dan beliau bersetuju.
Masalahnya dengan semua orang ialah, 'cepat, cepat, cepat, jangan lengah'. Saya katakan kepada anda, siasatan seperti ini, (melibatkan) pergerakan wang dari satu syarikat ke syarikat lain, akan mengambil masa. Pertama, anda perlu mengesan dokumennya, kedua anda perlu mengesan siapa yang menerima, memberi atau mengendalikan wang itu. Lebih mudah menyiasat kes pembunuhan daripada kes jenis ini. (Dalam) Kes pembunuhan, anda pergi ke lokasi kejadian jenayah, cari senjatanya, rekodkan kenyataan daripada saksi, hantar senjata ke Jabatan Kimia, tutup kes.
Dalam kes ini, anda tidak boleh buat begitu. (Kes) Ini, anda merekod satu kenyataan... tetapi kerana ia melibatkan pentadbiran sebuah organisasi perniagaan, anda merekod dari A. A akan menyebut nama B, C, D. Jadi, selepas merekod A, anda masih perlu mencari B, C, D untuk mendapatkan jalan ceritanya. Dan dalam proses merekod B, C, D ini, B, C, D akan menyebut pula E, F, G, H, I, J, K. Hampir tiada kesudahan. Dan beberapa orang mungkin berada di luar negara. Jadi mereka kena ke luar negara, untuk merekodkannya.
TMI: Jadi, adakah siasatan itu sudah ke luar negara? Seperti dalam usaha menemubual 2 pegawai SRC yang berada di luar negara? Ada usaha dibuat untuk menghubungi mereka?
APANDI: Mereka (SPRM) sudah pergi mengambil keterangan mereka. Dan kemudian, selepas membuat rakaman, saya hanya mahu menjelaskan bagaimana ia dibuat, selepas membuat rakaman, mereka balik, mereka meneliti rakaman dan mereka bandingkan dengan kenyataan lain, dan kemudian mereka fikir, 'ah kita perlu penjelasan lanjut'. Buat temujanji lain. Ia mengambil masa. Dua orang yang kita cakapkan ini ialah Nik dan Suboh. Saya tidak kenal mereka.
TMI: Bagaimana dengan Jho Low?
APANDI: Jho Low, belum lagi, sebab dia belum lagi masuk dalam cerita ini. Sebab itu saya kata, jika mana-mana antara mereka mula menyebut nama Jho Low, maka mereka (SPRM) akan memanggil Jho Low. Kemudian, kita jumpa Jho Low. Kemudian apabila kita jumpa Jho Low, dan dia mula menyebut beberapa nama, kita perlu panggil mereka juga. Sebab itulah ceritanya panjang.
Bagaimanapun, disebabkan kebimbangan orang ramai dan macam-macam lagi... malah, serta-merta selepas kenyataan Majlis Raja-raja, pada malam itu sendiri, saya menghantar mesej kepada SPRM, 'Hello, lebih baik anda cepat'. Dan kemudian, untuk memastikan mereka mempercepatkan (proses), saya kata, 'selesaikan siasatan pada hujung Oktober'. Itu arahan saya.
Tetapi, mereka datang balik, 'Tan Sri, hampir mustahil, hujung Oktober. Oleh kerana terdapat begitu banyak kenyataan lain yang hendaklah direkodkan. Baik. Sebab, kita tak boleh tekan. Jadi, mereka datang balik dan berkata, 'kami perlu sekurang-kurangnya sebulan lagi atau lebih'. Saya kata, 'saya mahu mesti ada tarikh akhir'. Jika anda bertanya kepada orang yang bekerja di bawah saya, apabila saya minta anda melakukan sesuatu hari ini, saya lebih suka ia dilakukan semalam. Itulah cara saya. Anda boleh tanya perkara ini kepada sesiapa saja yang pernah bekerja dengan saya.
Dan saya desak mereka. Mereka kata 'hujung Oktober tak boleh'. Saya kata, apa pun, sebelum akhir tahun ini. Saya kata, dengan apa cara sekalipun, saya mahu ia begitu. Maksud saya, saya sudah beri masa yang cukup. Saya tahu ia bukan tugas yang mudah, tetapi...
TMI: Jadi, perkara utama daripada soalan mengenai 1MDB ialah: SPRM mengambil keterangan daripada kedua-dua pegawai SRC, anda ada memberitahu PM yang dia perlu memberi kenyataan dan anda mahu keputusannya menjelang akhir tahun ini?
APANDI: Ya. Dan lambat laun, sebelum mereka memberi saya failnya, PM mesti beri keterangan. Anda boleh tulis itu.

No comments:

Post a Comment